Utusan Borneo (Sabah)

Penyusuan susu ibu, amalan cara hidup sihat antara elemen memacu kemajuan negara

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penyusuan susu ibu dan amalan cara hidup sihat merupakan antara dua elemen penting untuk memacu kemajuan dan pembanguna­n negara.

Berikutan itu, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mengambil inisiatif menganjurk­an Aktiviti Gegar 10 Ribu Langkah Merdeka digabungka­n dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di perkaranga­n Pejabat Persekutua­n Sandakan di sini, kelmarin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Ahli Dewan Undangan Negeri Karamuntin­g Charles O Pang berkata, Aktiviti Gegar 10 Ribu Langkah Merdeka sudah menjadi sinonim dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia setiap kali sambutan Hari Kebangsaan sejak empat tahun yang lalu.

Katanya, sambutan hebat di seluruh negara hingga mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records itu telah menepati Kempen Nak Sihat yang merupakan inisiatif pihak kementeria­n untuk membudayak­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat menerusi aktiviti fizikal.

“Antara objektif kempen ini adalah memupuk kesedaran dan pengetahua­n komuniti belia mengenai kepentinga­n melakukan aktiviti fizikal dan sikap positif terhadap amalan itu.

“Dan, pada tahun ini aktiviti ini digabungka­n dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Ia telah diadakan sejak 1992 pada minggu pertama pada Ogos setiap tahun dengan tujuan untuk memartabat­kan penyusuan susu ibu disamping memperinga­tkn mengenai kepentinga­n amalan itu kepada generasi masa kini,” katanya.

Mengulas lanjut, Charles berkata, strategi promosi dari pelbagai penjuru telah digunakan sejak 1970- an lagi ke arah menggalakk­an penyusuan susu ibu.

Ia berikutan, amalan itu merupakan Strategi Global Pemakanan Bayi dan KanakKanak Kecil yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), sebagai langkah terbaik untuk mengurangk­an penyakit dan kematian dikalangan bayi dan kanak-kanak kecil.

Jelasnya, WHO bersama United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menggalakk­an agar semua ibu menyusui anak dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan sebelum diperkenal­kan kepada makanan pelengkap lain dan meneruskan­nya sehingga mencapai umur dua tahun. Amalan ini dikenali sebagai penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Antara objektif sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 termasuk memaklumka­n kepada masyarakat mengenai Matlamat Pembanguna­n Lestari dan ia dapat dijayakan dengan menambahba­ik amalan penyusuan susu ibu serta pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.

Selain itu, ia bagi menetapkan matlamat menjadikan penyusuan susu ibu sebagai salah satu komponen utama pembanguna­n mampan; menggesa pelbagai tindakan di semua peringkat mengenai amalan penyu sua n susu ibu dan pemakanan bayi dan kanakkanak kecil dalam era baharu Matlamat Pembanguna­n Lestari; serta menarik perhatian, penglibata­n dan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan ibu.

Antara pengisian program termasuk senamtari, Sandakan Merdeka Breastfeed­ing Walk, saringan kesihatan percuma dan pameran, pertanding­an mewarna, pertanding­an menggubah bunga dan pertanding­an memakaikan lampin bayi, ceramah penyusuan susu ibu, persembaha­n fesyen baju penyusuan susu ibu, kuiz terbuka serta cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? CHARLES (tengah) menyertai acara senamtari.
CHARLES (tengah) menyertai acara senamtari.
 ??  ?? CHARLES (tengah) bersama para peserta Sandakan Merdeka Breastfeed­ing Walk.
CHARLES (tengah) bersama para peserta Sandakan Merdeka Breastfeed­ing Walk.
 ??  ?? CHARLES (kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil penganjur.
CHARLES (kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia