Utusan Borneo (Sabah)

PBS diminati rakyat Liawan

Harap diberi peluang wakili BN dalam PRU-14 nanti

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Parti Bersatu Sabah ( PBS) Liawan Datuk Jake Jikulin Nointin berkata parti ini amat diminati dan mendapat sokongan padu rakyat di kawasan Liawan.

Katanya, ini adalah atas semangat perjuangan parti yang berjaya mengharung­i segala cabaran atas komiten dan kesetiaan pemimpin dan ahli-ahli parti di bahagian itu.

“Walaupun bahagian ini tidak diberi peluang menyertai projek kecil pembanguna­n melalui peruntukan Adun dan Ahli Parlimen, namun atas rasa tanggungja­wab, pemimpin dan ahli-ahli parti masih boleh melaksana program sosial kepada rakyat,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian mesyuarat tahunan parti itu di sini pada Jumaat, Jake berkata, atas prinsip kesetiaan ahli-ahli menjadi satu keistimewa­an kepada parti di bahagian berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli parti agar dapat memastikan caloncalon Barisan Nasional (BN) khususnya dari PBS menang pada pilihan raya yang ke 14 nanti.

“Saya meminta ahliahli parti berusaha dan menggerakk­an jentera di peringkat cawangan agar parti ini lebih bersedia untuk menghadapi PRU akan datang.

“Dalam masa sama, saya meminta pemimpin menunaikan janji- janji pada pilihan raya lalu agar memudahkan lagi laluan BN untuk menang,” katanya.

J a ke tidak menafikan bahawa beberapa perkara perlu diambil perhatian terutama isu yang membabitka­n infrastruk­tur yang sering menjadi rungutan rakyat terutama jalan raya di kawasan itu.

Mengenai perkongsia­n kuasa, beliau yang juga Ketua Pemuda PBS Sabah berkata semua komponen perlu diberikan peluang yang sama dalam pengagihan kuasa.

Katanya, dalam B N memang banyak ruang dan sekiranya ruang itu diisi dengan penuh adil dan saksama semua pihak akan berasa puashati dan gembira.

Menurut beliau, dalam PBS ada berlaku penyokong tegar tidak diberikan peluang dan mereka yang di luar dapat peluang dan perkara ini perlu ditangani.

“Mengenai 13 kerusi baharu yang diluluskan, PBS Liawan mencadangk­an agar pucuk pimpinan dapat membuat persetujua­n antara komponen agar semua komponen diberikan peluang untuk mendapatka­n kerusi-kerusi baharu itu.

“Setiap parti komponen perlu memiliki tidak lebih dari separuh daripada pengagihan kerusi ini,” katanya.

Katanya, ini bagi memberikan peluang kepada parti-parti komponen lain turut mendapat hak yang sama melalui konsep perkongsia­n kuasa ini.

Jake berkata, keutamaan dari kalangan parti komponen yang lebih menonjol dengan persefaham­an yang lebih baik diberikan peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, penonjolan, kesetiaan dan komitmen PBS melayakkan parti ini mewakili kawasan Liawan pada pilihan raya umum ke 14.

Menurut beliau, ini boleh dipertimba­ngkan dengan pertukaran kawasan bagi memastikan BN memperoleh­i kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengenai peralihan kuasa Presiden kepada Timbalan Presiden, PBS Liawan menyokong penuh tindakan yang diambil oleh Presiden parti yang juga Timbalan ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Katanya, langkah ini adalah sebagai menilai calon yang layak dan mendapat sokongan berdasarka­n pendekatan Presiden parti.

Jake juga meminta agar kerajaan memberi tumpuan untuk menyelesai­kan isu 1MDB dan GST yang terus menjadi perdebatan rakyat melalui media-media sosial.

“Saya juga meminta agar pucuk pimpinan lebih banyak mengadakan seminar-seminar GST di pedalaman terutama sekali Liawan dalam usaha memberi penjelasan kepada rakyat mengenai GST.

“PBS Liawan juga turut berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pengiktira­fan anak tempatan negeri ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, PBS Liawan mencadangk­an agar Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik ini turut mengetuai Jawatankua­sa Kecil dan memegang kuasa eksekutif dalam Petronas.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden PBS yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh.

Hadir sama Timbalan Ketua bahagian yang juga Pengerusi Penyelaras mesyuarat Obrien Sulom, Ketua Pemuda Stephen Klaus, Ketua Wanita Cecelia Payayou serta AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat.

 ??  ?? RADIN (tengah) dan Jake (tiga kiri) bergambar bersama-sama dengan AJK Bahagian, Pemuda dan wanita selepas majlis perasmian itu.
RADIN (tengah) dan Jake (tiga kiri) bergambar bersama-sama dengan AJK Bahagian, Pemuda dan wanita selepas majlis perasmian itu.
 ??  ?? LAFAZ Ikrar taat setia kepada PBS diketuai oleh Stephen (kiri) dan diikuti oleh Radin, Jake, AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan para perwakilan.
LAFAZ Ikrar taat setia kepada PBS diketuai oleh Stephen (kiri) dan diikuti oleh Radin, Jake, AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan para perwakilan.
 ??  ?? SALAH seorang ketua zon, Paula Joseph menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Radin disaksikan oleh Jake (tengah) dan Obrien (kiri).
SALAH seorang ketua zon, Paula Joseph menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Radin disaksikan oleh Jake (tengah) dan Obrien (kiri).
 ??  ?? OBRIEN menyerahka­n cendera kenangan kepada Radin. Turut kelihatan Jake (tengah).
OBRIEN menyerahka­n cendera kenangan kepada Radin. Turut kelihatan Jake (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia