Utusan Borneo (Sabah)

Katarsis juara Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Wakil Sabah ke peringkat kebangsaan di Melaka 23-25 Sept

-

SIPITANG: Kumpulan Katarsis yang mewakili Pantai Barat Selatan (PBS) menjadi juara Pertanding­an Akhir Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Sabah 2016.

Katarsis dianggotai Mohd Saqafi Jubar Khan, 31, Bibi Norsarah Jubar Khan, 26, dan Jass Azliezan Jasili,30, berjaya mengetepik­an cabaran dua kumpulan lain pada pertanding­an akhir di Dataran Esplanade Sipitang, malam kelmarin.

Katarsis yang membawakan kisah ‘ Tun Mustapha: Bapa Kemerdekaa­n Sabah’,

berhasil mengajak penonton menelusuri jerih perih perjuangan Tun Mustapha menuntut kemerdekaa­n dan membangunk­an Sabah, sekaligus meyakinkan barisan juri untuk mengangkat mereka menjadi johan pertanding­an.

Menurut Mohd Saqafi, mereka merasa sangat gembira kerana persediaan rapi selama dua bulan akhirnya membuahkan hasil.

“Kami berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang membuat kejutan dengan hadir menyaksika­n persembaha­n sekaligus membakar semangat kami pada malam ini.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu yang telah banyak membantu persiapan kami,” katanya.

Kejayaan itu juga melayakkan Katarsis mewakili Sabah pada Pertanding­an Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 23 hingga 25 September ini.

Mohd Saqafi yang menjalanka­n perusahaan logistik mengakui saingan yang lebih hebat bakal ditempuhi mereka.

“Pada peringkat kebangsaan, kami akan lebih fokus, teknik penceritaa­n akan dimantapka­n, momentum dan artikulasi juga akan dititikber­atkan selain tidak melakukan kesilapan dalam lakonan,” katanya.

Mereka membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penyertaan manakala naib johan milik kumpulan Opera Anak Uli wakil Pantai Barat Utara (PBU) dan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Tempat ketiga pula diraih kumpulan Permata DHPJ yang mewakili Tawau dan membawa pulang hadiah RM1,000.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sipitang merangkap Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata tajuk pengisahan berkisar tentang dasar terkini kerajaan, kejayaan negara ilham para pemimpin negara dan kisah tokoh-tokoh yang mendapat pengiktira­fan akan membuka minda masyarakat supaya dijadikan contoh terbaik dalam menjalani kehidupan.

“Saya percaya skop tajuktajuk pengisahan ini bukan sahaja memberi pengetahua­n dan pendedahan tetapi juga secara tidak langsung akan memberi inspirasi kepada para peserta pertanding­an dan seterusnya masyarakat secara kolektif,” katanya semasa berucap merasmikan pertanding­an itu.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin dan Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat.

 ??  ?? KUMPULAN (kanan). Katarsis, Jass Azliezan (kiri), Bibi Norsarah (tengah), dan Mohd Saqafi
KUMPULAN (kanan). Katarsis, Jass Azliezan (kiri), Bibi Norsarah (tengah), dan Mohd Saqafi
 ??  ?? SAPAWI (tiga dari kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada kumpulan Katarsis.
SAPAWI (tiga dari kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada kumpulan Katarsis.
 ??  ?? PERMATA DHPJ dengan aksi dan lakonan mencuit hati.
PERMATA DHPJ dengan aksi dan lakonan mencuit hati.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N sang juara Katarsis.
PERSEMBAHA­N sang juara Katarsis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia