Utusan Borneo (Sabah)

Yong johan pertanding­an Fesyen Cheong Sam Pesta Kuih Bulan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Yong Man Yin dinobatkan sebagai johan pertanding­an pakaian Fesyen Cheong Sam pada perayaan Pesta Kuih Bulan di Dewan SJKC Yuk Kong di sini pada malam Sabtu.

Seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertanding­an yang merupakan acara kemuncak pesta itu.

Sementera naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Low Kim Mong dan Carol Evany.

Pesta yang dianjurkan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Liawan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Tionghua Keningau ( KCCC) dan Persatuan Hakka Keningau itu dirasmikan oleh Ketua PBS Bahagian Liawan, Datuk Jake Jikulin Nointin.

Dalam ucapannya, Jake memuji semua pihak yang bekerjasam­a sama menjayakan pesta itu sehingga mendapat sambutan yang begitu meriah sekali.

Katanya, komitmen tinggi yang diberikan Ahli Jawatankua­sa PBS Liawan, Pengerusi KCCC, Raymond Koh dan Timbalan Pengerusi Persatuan Hakka, Pang Shu Hin, yang keduadua merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Induk perayaan serta ahli-ahli jawatankua­sa mereka membolehka­n perayaan itu berjalan lancar.

“Saya berharap semangat kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada program yang akan datang,” katanya.

Jake yang juga Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS Pusat menyifatka­n pesta Kuih Bulan adalah satu amalan tradisi masyarakat Tionghua di negara ini.

Katanya, bagi masyarakat Tionghua di Pedalaman khususnya di daerah ini sudah tentu merasakan perayaan itu satu keistimewa­an bagi mereka kerana dapat menyambutn­ya bersama- sama dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di sini.

“Bagi saya melalui perayaan-perayaan yang disambut di negara ini termasuk Pesta Kuih Bulan ini menunjukka­n betapa tingginya semangat 1 Malaysia itu dalam jiwa kita.

“Saya percaya, melalui pesta ini juga ia dapat menyemarak­kan lagi semangat perpaduan dan hubungan persaudara­an pelbagai kaum yang terdapat di daerah ini,” katanya.

Jake berharap agar hubungan silaturrah­im antara rakyat berbilang kaum di daerah ini terus berkekalan melalui perayaan- perayaan yang diadakan.

Mengenai pembanguna­n di daerah ini, beliau memberitah­u bahawa Keningau sudah jauh lebih maju berbanding dengan sebelumnya.

Katanya, pelbagai projekproj­ek yang memberikan kemudahan rakyat terutama sekali masyarakat peniaga dapat dinikmati dan ini juga adalah antara usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang demi untuk mencapai kemerdekaa­n bagi membolehka­n Sabah khususnya Keningau terus mencapai kemajuam.

Katanya, sebagai pewaris kepada perjuangan mereka, kesinambun­gan pembanguna­n diteruskan oleh para pemimpin sekarang yang turut berusaha untuk memajukan daerah ini dan usaha ini telah mencapai kejayaan yang begitu ketara dan membanggak­an sekali.

“Kita melihat Keningau begitu pesat membangun dan tidak lama lagi bangunan UTC yang akan memberikan kemudahan kepada rakyat berurusan dengan jabatanjab­atan kerajaan akan siap.

“Dan ini juga menunjukka­n komitmen yang tinggi oleh pemimpin- pemimpin kita terutama Pegawai Daerah dan Ahli-Ahli Majlis Daerah yang inginkan rakyat mendapat kemudahan yang lebih selesa lagi,” katanya.

J a ke juga meminta rakyat di sini termasuk masyarakat Tionghua agar terus mengekalka­n perpaduan yang sedia ada demi kesejahter­aan dan keharmonia­n hidup mereka.

Pada majlis itu, pelbagai acara turut diadakan berupa nyanyian, tarian tradisi masyarakat Tionghua, pertanding­an Tanglong untuk sekolah-sekolah dan terbuka, dan juga cabutan tiket bertuah yang ditaja oleh Pang Shu Hin (Solid Furniture) dan Raymond Koh ( Hiap Lee Shopping Centre).

Semua hadiah pertanding­an Fesyen Pakaian Cheong Sam disampaika­n oleh isteri Jake, Datin Doreen Olim.

Lebih 1,000 orang termasuk Pegawai Daerah, Haji Yusop Haji Osman, Ketua Daerah, OKK Mohd Amir Datuk Arif, Kapitan Liew Ket Lim, pemimpin- pemimpin masyarakat dan masyarakat perniagaan Tionghua menghadiri majlis itu.

Terdahulu ketibaan Jake dan Doreen disambut oleh Raymond, Pang dan seluruh AJK Penganjur dengan iringan tarian Singa.

 ??  ?? PENGERUSI penganjur, Kapitan Wang Ah Mok ( dua kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jake. Turut kelihatan Raymond (kiri) dan Pang (kanan).
PENGERUSI penganjur, Kapitan Wang Ah Mok ( dua kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jake. Turut kelihatan Raymond (kiri) dan Pang (kanan).
 ??  ?? JAKE (duduk lima kiri), Doreen, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat bergambar bersama-sama dengan para pemenang dan peserta pertanding­an fesyen Cheong Sam dan AJK penganjur.
JAKE (duduk lima kiri), Doreen, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat bergambar bersama-sama dengan para pemenang dan peserta pertanding­an fesyen Cheong Sam dan AJK penganjur.
 ??  ?? YONG (tengah) yang muncul johan dalam pertanding­an Fesyen Cheong Sam diapit oleh Low (kiri) dan Carol (kanan).
YONG (tengah) yang muncul johan dalam pertanding­an Fesyen Cheong Sam diapit oleh Low (kiri) dan Carol (kanan).
 ??  ?? JAKE (tengah) dan Doreen bersama-sama ketua-ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat sedang melakukan pemotong Kuih Bulan.
JAKE (tengah) dan Doreen bersama-sama ketua-ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat sedang melakukan pemotong Kuih Bulan.
 ??  ?? DOREEN sedang menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an fesyen Cheong Sam.
DOREEN sedang menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an fesyen Cheong Sam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia