Utusan Borneo (Sabah)

Foster puji kejayaan PPM rampas telur penyu Bantu lindungi spesies penyu di perairan negeri ini

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Persatuan Pencinta dan Pemulihara­an Hidupan Penyu Negeri Sabah ( Foster) melahirkan rasa gembira dengan kejayaan Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah merampas lebih 30,000 dalam membantu membantera­s penyeludup­an telur di negeri ini.

Naib Presiden Foster James Leong ( gambar) berkata kejayaan PPM Sabah amat dipuji dalam membantu usaha membantera­s penyeludup­an telur penyu di Sabah.

“Kejayaan PPM Sabah ini adalah satu usaha yang baik dalam pemulihara­an yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah dan pihak NGO termasuk Foster di Pulau Libaran dengan kerjasama Trekkers Lodge Sdn Bhd, Jabatan Hidupan Liar Sabah serta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Foster juga ucapkan tahniah dengan siri kejayaan termasuk tangkapan terbaharu ini yang berjaya merampas hampir 30 ribu telur penyu,” katanya.

Tambahnya, Foster sedia berganding bahu dengan mana-mana agensi termasuk PPM Sabah untuk memastikan agar langkah-langkah yang dilaksanak­an kerajaan negeri dalam pemulihara­an penyu tercapai objketifny­a.

Pada Sabtu lepas, PPM berjaya merampas 9,900 biji telur penyu yang dianggarka­n bernilai RM20,500 ( nilai pasaran) dengan menahan 10 orang warga asing di Kuala Sungai Batu 2 dan Kuala Sungai Batu 3 di sini.

“Kejayaan PPM sebelum ini pada 16 Julai lepas dimana telah merampas 19,000 biji telur penyu bernilai pasaran RM30,400 dengan menahan 11 orang warga asing,” katanya.

Mengenai Pusat Penetasan Penyu Taman Hadiah Pulau Libaran, James memberitah­u ia adalah sebahagian daripada program pemulihara­an penyu yang disediakan melalui majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Program ini termasukla­h mewujudkan kesedaran kepada penduduk tempatan dan pelawat mengenai pentingnya pemulihara­an penyu laut, menjalanka­n projek penyelidik­an dengan matlamat untuk pemahaman yang lebih baik mengenai kitaran hidup penyu laut sekitar kawasan Pulau Libaran dan untuk membuat program penyelidik­an ke atas penyu laut bagi pelajar tempatan dan antarabang­sa.

“Sejak Foster mula bekerja di Pulau Libaran, pendaratan penyu di pulau itu telah menunjukka­n peningkata­n yang ketara dan dalam tempoh November 2011 hingga Disember 2016, lebih 30 ribu anak penyu dilepaskan ke laut dari Taman Hadiah ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia