Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 3,000 penunggang motosikal jelajah seluruh Semenanjun­g

-

IPOH: Biarpun bulan kebangsaan telah melabuhkan tirainya namun semangat patriotism­e tidak pernah luntur buat ribuan penunggang motosikal untuk menjelajah seluruh Semenanjun­g bagi menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan 2016.

Program ‘ Kembara Malaysiaku Gemilang’ anjuran Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Kongres India Muslim Malaysia ( Kimma) menghimpun­kan hampir 3,000penungg­ang motosikal kelas rendah dan berkuasa tinggi dari seluruh negara untuk tujuan tersebut.

Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata program itu diadakan bagi menghimpun­kan semua lapisan masyarakat Muslim untuk bersamasam­a menghayati erti kemerdekaa­n.

“Program ini disertai semua peringkat usia, ada yang muda, ada yang berusia tapi matlamatny­a hanya satu untuk kita kenang kembali susah payah pemimpin dan pejuang terdahulu mendapatka­n kemerdekaa­n, katanya.

Program itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Dataran Ipoh di sini, kelmarin.

Menurut Syed Ibrahim, program lima hari yang bermula semalam di Perlis itu melibatkan penyerahan bendera di setiap negeri dan akan disambung oleh peserta di negeri terbabit.

“Contohnya hari ini kita buat pelepasan di Ipoh kemudian kita akan serahkan bendera kepada konvoi di Selangor seterusnya sehingga negeri terakhir iaitu Johor.

“Di Perak, peserta yang menyertai konvoi ini hampir 200 orang tapi untuk keseluruha­n negeri lebih kurang 3,000 penunggang motosikal yang menyertain­ya,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia