Utusan Borneo (Sabah)

300 murid ikuti program inspirasi UPSR

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Seramai 300 murid tahun enam dari sekolah rendah di daerah ini mengikuti program Inspirasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat daerah ini baru-baru ini.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Dewan Masyarakat, di sini.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Abdul Aziz Haji Mohd Banting dalam ucapan perasmiann­ya berkata program itu merupakan kerjasama PPD dan YaPEIM yang mensasarka­n 300 murid Near Miss Lulus ( NML) untuk semua matapelaja­ran Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Selain itu, katanya, Unit Pengurusan Akademik (UPA) PPD daerah ini menjalanka­n beberapa program persediaan menghadapi peperiksaa­n UPSR, antaranya Program HOTS UPSR yang mensasarka­n 100 calon dan Bengkel NML yang mensasarka­n 75 calon UPSR berfokus kepada satu mata pelajaran.

“Pihak penganjur berasa amat gembira melihat kehadiran calon-calon UPSR bersama ibubapa dan penjaga dengan kehadiran 600 orang termasuk pelajar.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada ibubapa dan penjaga yang telah memberi sokongan moral kepada anak anak,” katanya.

Aziz berharap ibu bapa memantau aktiviti mereka berikutan peperiksaa­n UPSR akan berlangsun­g awal bulan ini.

Beliau juga menasihat calon UPSR agar mengurangk­an aktiviti yang boleh menjejaska­n kesihatan dan emosi mereka berikutan kedua- dua ini amat penting untuk menghadapi peperiksaa­n di samping menjaga disiplin untuk mengelak tergangu fokus kepada pelajaran.

Pengisian program dimulakan dengan ceramah moivasi dan majlis restu yang disampaika­n mantan Pegawai Pendidikan Daerah, Haji Kaipin Rosmin, Klinik UPSR Mata pelajaran Matematik yang disampaika­n oleh Pegawai Cemerlang SISC+ Matematik, Christian J Lajangan, Klinik UPSR Mata pelajaran Sains oleh Jurulatih Utama daerah, Walter Sagudil, Klinik UPSR Mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Pegawai cemerlang SISC+Bahasa melayu, Ahmad Thadzuddin Bin Mohd Ali dan Klinik UPSR Mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Pegawai Cemerlang SISC+ Bahasa Inggeris, Noemi Justin.

 ??  ?? (Atas) KAIPIN sedang memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR. (Kiri) WAKIL YaPEM menyampaik­an cenderaken­angan kepada Aziz (kiri). (Bawah kanan) SEBAHAGIAN murid-murid dan ibubapa yang menghadiri program itu.
(Atas) KAIPIN sedang memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR. (Kiri) WAKIL YaPEM menyampaik­an cenderaken­angan kepada Aziz (kiri). (Bawah kanan) SEBAHAGIAN murid-murid dan ibubapa yang menghadiri program itu.
 ??  ??
 ??  ?? AZIZ bersama wakil YaPEM, Kaipin bergambar bersama-sama dengan para murid dan ibubapa mereka selepas program itu.
AZIZ bersama wakil YaPEM, Kaipin bergambar bersama-sama dengan para murid dan ibubapa mereka selepas program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia