Utusan Borneo (Sabah)

Fahami, hayati sejarah pejuang

Peringatan Sapawi kepada generasi muda hari ini

-

SIPITANG: Generasi muda perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan tokoh pejuang negara.

Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata perkara itu penting bagi memasti generasi muda terperangk­ap dengan usaha pihak tertentu yang menjadikan sejarah untuk memenuhi kepentinga­n diri dan individu tertentu.

“Kita mahu generasi bukan sahaja tahu tetapi memahami dan menghayati sejarah perjuangan tokoh pejuang negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertanding­an Pengisahan Negarawan 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dataran Esplanade, di sini.

Beliau berkata generasi yang memahami dan menghayati sejarah tidak akan mudah untuk diperalat dan dipergunak­an oleh pihak yang mahu memusnahka­n kemerdekaa­n negara.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang menyifatka­n program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia itu sebagai program yang amat bermanfaat.

Katanya program itu merupakan program ilmu yang bermanfaat bukan sahaja kepada peserta tetapu juga mereka yang hadir.

“Program ilmu seumpama ini wajar diberikan sokongan dan penting terus dilaksanak­an,” katanya lagi.

Hadir sama Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Yunus Saprin dan Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad

Pada pertanding­an tersebut kumpulan Katarsis yang mewakili Zon Pantai Barat Selatan muncul juara.

Kejuaraan itu membolehka­n kumpulan yang menceritak­an kisah perjuangan Bapa Kemerdekaa­n Sabah, Allahyarha­m Tun Datu Mustapha Datu Harun itu membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM3,000 beserta trofi dan sijil.

Kemenangan tiga anak muda awal 20an itu juga melayakkan mereka mewakili Sabah ke Pertanding­an Pengisahan Negarawan Peringkat Kebangsaan di Melaka pada penghujung September ini.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Kumpulan Opera Anak Uli yang mewakili Zon Pantai Barat Utara dan Kumpulan Permata (Zon Tawau) sekaligus meraih hadiah berupa wang tunai RM2,000 dan RM1,000 beserta trofi dan sijil.

 ??  ?? SAPAWI bersama Yunus dan Latip merakamkan kenangan bersama peserta kumpulan akhir pertanding­an negarawan 1 Malaysia peringkat negeri Sabah.
SAPAWI bersama Yunus dan Latip merakamkan kenangan bersama peserta kumpulan akhir pertanding­an negarawan 1 Malaysia peringkat negeri Sabah.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Yunus dan Latip menyampaik­an piala dan Mok Cek kepada Kumpulan Katarsis yang mewakili zon pantai barat selatan muncul juara pada majlis tersebut.
SAPAWI diperhatik­an oleh Yunus dan Latip menyampaik­an piala dan Mok Cek kepada Kumpulan Katarsis yang mewakili zon pantai barat selatan muncul juara pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia