Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kuih Bulan disambut meriah

Pelbagai acara menarik disediakan sebagai pengisian

- Oleh ALFRED PETRUS

SUASANA pada sebelah malam Pesta Kuih Bulan anjuranYeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) dan See Hua Group semakin meriah dengan kunjungan orang ramai ke pusat belibelah Suria Sabah, Sabtu lalu.

Pelbagai acara menarik didakan seperti perarakan tanglung, pertanding­an reka bentuk tanglung, cabutan bertuah, pertanding­an bakat dan pertanding­an makan kuih bulan mini.

Bagi acara perarakan tanglung, ia bermula dari dalam pusat beli-belah berkenaan keluar mengelilin­gi bangunan Suria Sabah, diketuai oleh tarian singa pada malam berkenaan.

Acara kemudian diteruskan dengan pertanding­an bakat yang mana pelbagai persembaha­n dipertunju­kkan oleh peserta.

Pada malam itu juga menyaksika­n majlis pembukaan pesta kuih bulan yang disempurna­kan oleh Pengurus Besar Operasi Kumpulan KTS Ngu Ngiong Heing, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo’s Joe Wong dan Pengurus Acara dan Promosi Suria Sabah Yan King Hong.

Acara diteruskan dengan persembaha­n nyanyian oleh pengacara pesta berkenaan yang dibawa khas dari Tea FM, iaitu Danny Hii Bei Cheung, Brian Liew Yu Bin dan Joyce Lee bagi menghiburk­an pen- gunjung. Selain pertanding­an, pesta berkenaan juga membawakan aktiviti lain seperti pertunjuka­n pakaian tradisiona­l China daripada pelbagai Dinasti yang disertai seramai 15 orang.

Suasana dimeriahka­n lagi dengan cabutan tiket bertuah yang mana pelbagai hadiah disediakan daripada produk Yeo’s dan kuih bulan.

Sementara itu, bagi pertanding­an reka bentuk tanglung, ia dibahagika­n kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan terbuka.

Bagi kategori sekolah rendah, Chong Jia Chen menjadi johan dengan membawa pulang wang tunai RM1,000, naib johan Cheng Yi Wen (RM800), tempat ketiga iaitu Nichole Chong (RM500), dan Pinky Girl sebanyak RM300 di tempat keempat.

Johan kategori terbuka pula dimenangi oleh CSY MyArt Studio dengan membawa wang tunai RM3,000, naib johan Yip Yuk Ming (RM2,000), Chok Nyuk Siong (RM1,000) ditempat ketiga dan Grace Chok Ping Shin di tempat keempat dengan hadiah RM500.

Daripada kedua-dua kategori itu, pemenang juga menerima sijil penyertaan, manakala bagi 10 peserta yang mendapat saguhati setiap kategori menerima hamper bernilai RM100 setiap seorang.

 ??  ?? PENGURUS Besar pusat membeli belah Suria Sabah Tan King Way merakamkan gambar kenangan kepada 15 peserta pakaian tradisiona­l. PERTANDING­AN makan kuih bulan mini yang disertai seramai sembilan peserta. Ahli Jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar...
PENGURUS Besar pusat membeli belah Suria Sabah Tan King Way merakamkan gambar kenangan kepada 15 peserta pakaian tradisiona­l. PERTANDING­AN makan kuih bulan mini yang disertai seramai sembilan peserta. Ahli Jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar...
 ??  ?? KELIHATAN
KELIHATAN
 ??  ??
 ??  ?? NGU (tengah), Joe (dua kiri) dan Pengurus Acara dan Promosi Suria Sabah Yan King Hong (dua kanan) melancarka­n gimik perasmian pesta kuih bulan berkenaan. PERARAKAN tanglung yang diketuai dengan Tarian Singa pada malam berkenaan.
NGU (tengah), Joe (dua kiri) dan Pengurus Acara dan Promosi Suria Sabah Yan King Hong (dua kanan) melancarka­n gimik perasmian pesta kuih bulan berkenaan. PERARAKAN tanglung yang diketuai dengan Tarian Singa pada malam berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia