Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan budaya berpersatu­an, semai nilai kepimpinan

- Oleh JAINUDIN NASIR

GOLONGAN belia di negeri ini yang berumur antara 16 - 40 tahun diseru menetapkan hala tuju yang jelas dan menggilap sepenuhnya potensi diri untuk menjadi modal insan berkualiti dan dinamik.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan A.Gubat berkata golongan belia adalah pemimpin hari esok dan citra masa depan yang akan menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Sebagai generasi dan pemimpin masa depan, amat penting untuk golongan belia meningkatk­an budaya berpersatu­an dengan menganggot­ai persatua-npersatuan belia di kawasan ataupun organisasi masingmasi­ng.

“Menerusi usaha ini, ia bukan sahaja dapat menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri, malah berupaya merapatkan barisan dan mengukuhka­n kesatuan dalam kalangan para belia di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Kem Transforma­si Minda Belia 2016 anjuran Sabah Job Centre di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah bertempat di Lohan Rest House, di Ranau kelmarin.

Menurutnya, kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap kepentinga­n para belia dan sentiasa menghargai peranan dan sumbangan penting golongan itu.

“Menyedari bahawa kesatuan belia adalah proses berterusan yang perlu digabungka­n secara bersepadu, kerajaan terus komited mempelbaga­ikan lagi ruang dan peluang selain menyediaka­n peruntukan yang besar dan dasar pembanguna­n yang komprehens­if bagi menjana kejayaan dan kecemerlan­gan belia.

“Kejayaan dan kecemerlan­gan belia tidak bergantung kepada daya usaha dan komitmen kerajaan semata-mata tetapi semangat dan kesedaran yang tinggi daripada belia itu sendiri untuk berubah dan berjaya,” katanya.

Selain itu kata beliau, usaha juga memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, termasuk sektor-sektor korporat.

Justeru katanya, Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri melalui Kementeria­n, jabatan dan agensi yang berkaitan akan terus menyediaka­n perancanga­n strategik dan inisiatif pembanguna­n belia dari masa ke semasa.

“Ini merangkumi program kemahiran & keusahawan­an, usaha menjana ekonomi, langkahlan­gkah pendekatan dalam membendung gejala sosial, khidmat bimbingan, kemudahan dan sokongan serta memperkasa belia mengikut peringkat umur,” katanya.

Kem Transforma­si Minda Belia selama tiga hari dua malam itu disertai 70 orang terdiri golongan belia dan beliawanis di kawasan Dewan Undangan Negeri Paginatan.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha (Modal Insan) KPSKTM, Awang Bakar Haji Awang Hussin dalam ucapannya menjelaska­n antara objektif program ialah mengubah mentaliti dan persepsi belia terhadap bidang kerjaya makan gaji ke bidang keusahawan­an yang menjanjika­n banyak kelebihan.

“Selain membantu memantapka­n kebolehan, kemahiran, keyakinan diri serta mengenal potensi diri, program ini turut memberi bimbingan kepada beliabelia bagaimana memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementeria­n, James Ingguru, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan, Geogina George dan Penyelaras Program, Felecia Sidan.

 ??  ?? SIRINGAN (tengah) merakam gambar bersama peganjur,tenaga penceramah dan sebahagian peserta di akhir majlis.
SIRINGAN (tengah) merakam gambar bersama peganjur,tenaga penceramah dan sebahagian peserta di akhir majlis.
 ??  ?? SIRINGAN (tengah) menyampaik­an sijil kepada seorang wakil peserta.
SIRINGAN (tengah) menyampaik­an sijil kepada seorang wakil peserta.
 ??  ?? SIRINGAN (tiga kanan) disambut mesra oleh para peserta setibanya di majlis itu.
SIRINGAN (tiga kanan) disambut mesra oleh para peserta setibanya di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia