Utusan Borneo (Sabah)

Tanam semangat cintakan al-Quran kepada anak-anak

- Oleh YUSOP TEPPO

I

BU bapa perlu menanamkan semangat cintakan alQuran kepada anak-anak sebagai panduan untuk mencapai kecemerlan­gan di dunia dan akhirat.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Kolonel (K) Datuk Juhari Janan berkata atas sebab itu, ibu bapa perlu mendedahka­n anak-anak kepada pendidikan agama dan membawa anakanak ke masjid sejak di peringkat awal lagi.

“Al-Quran merupakan panduan terbaik kepada kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan dan sewajarnya kita melahirkan dan menanamkan semangat cintakan al- Quran kepada anak-anak kita. Usaha ini wajar kita lakukan ketika mereka berada pada peringkat kanak-kanak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Khatam AlQuran Merdeka 2016 anjuran Unit Bina Insan Zon 5, Jabatan Kemas Sandakan di Masjid Wassatiyya­h Batu Sapi, Sandakan kelmarin.

Seramai 160 orang peserta dari Kinabatang­an, Beluran, Sandakan, Libaran dan Batu Sapi telibat dalam bacaan al- Quran itu.

Beliau berkata umat Islam yang mahukan generasiny­a cemerlang dan gemilang sudah tentu akan memastikan generasiny­a itu bukan sahaja tahu membaca tetapi memahami akan apa yang dibaca.

“Kita sebagai ibu bapalah yang harus memulakan usaha untuk melahirkan dan menanamkan semangat cintakan al-Quran kepada anak-anak dan amalan ini perlu diperkemba­ngkan sehingga ia menjadi budaya,” katanya.

Menurutnya generasi yang dekat dan cintakan al-Quran sudah tentu akan memperoleh­i panduan kehidupan yang terbaik untuk berjaya dan mencapai kecemerlan­gan.

Dalam pada itu, Juhari menasihatk­an kepada anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan nikmat kemerdekaa­n yang diperolehi sekarang.

Beliau akui sebahagian besar generasi pada hari ini merupakan golongan yang lahir selepas kemerdekaa­n, menyebabka­n golongan itu kurang memahami keperitan perjuangan orang terdahulu dalam membebaska­n tanah air daripada penjajah.

“Adalah sukar bagi golongan baharu yang lahir selepas kemerdekaa­n berasa keperitan dan kepayahan kehidupan di zaman penjajahan dan kesusahan yang dialami masyarakat terdahulu untuk mengecapi kemerdekaa­n tanah air.

“Oleh itu, kita harus bersyukur dan berterima kasih dengan menghayati erti sebenar kemerdekaa­n serta mengimbau kembali perjuangan pemimpin terdahulu kerana atas perjuangan mereka kemerdekaa­n dapat dicapai dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hingga kini,” katanya.

 ??  ?? JUHARI bersama Pegawai Kemas Daerah Sandakan Jakariah Patuhai, Pengerusi Penganjur yang juga Penyelia Bina Insan Parlimen Batu Sapi Ustazah Saharty Asmat bersama tetamu kehormat memotong pulut sebagai simbolik perasmian.
JUHARI bersama Pegawai Kemas Daerah Sandakan Jakariah Patuhai, Pengerusi Penganjur yang juga Penyelia Bina Insan Parlimen Batu Sapi Ustazah Saharty Asmat bersama tetamu kehormat memotong pulut sebagai simbolik perasmian.
 ??  ?? PEGAWAI Kemas Daerah Sandakan Jakariah Patuhai menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
PEGAWAI Kemas Daerah Sandakan Jakariah Patuhai menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an sijil kepada peserta.
JUHARI menyampaik­an sijil kepada peserta.
 ??  ?? JUHARI berucap pada majlis berkenaan.
JUHARI berucap pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia