Utusan Borneo (Sabah)

Malam Persembaha­n Bakat tonjol budaya 1Malaysia

-

LABUAN: Pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan ( UMSKAL), menunjukka­n bakat terpendam mereka sempena Malam Penutupan dan Malam Persembaha­n Bakat di Dewan Utama, malam Khamis lalu.

Mereka mempersemb­ahkan nyanyian, tarian dan deklamasi sajak yang turut menghiburk­an Pengarah Kampus Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Turut hadir Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan Dr. Hanudin Amin, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohammad Tuah.

Hadir sama Ketua-Ketua Sektor & Pusat, Pengetua Kolej Kediaman, Setiausaha Kehormat, Majlis Perwakilan Pelajar, Mas Adibah Abdul Rafar dan Ketua Pengarah Pembimbing Suai Mesra Sesi 2016/2017, Sharmilawa­thy A/P Paramesvar­an.

Seramai 584 pelajar baharu sudah pun melaporkan diri untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)

Dr Murnizam berharap bakat pelajar dalam bidang kebudayaan dan sukan akan ditonjolka­n bukan sahaja untuk mewakili UMS Labuan tetapi juga UMS, Wilayah Persekutua­n Labuan dan negara di peringkat negeri, nasional dan antarabang­sa.

Katanya, UMS menyediaka­n pelbagai ruang dan peluang untuk pelajar menunjukka­n kebolehan selaras dengan hasrat Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah yang mahu mereka berketramp­ilan dalam pelbagai bidang termasuk budaya dan sukan.

Oleh itu, Dr Murnizam menasihatk­an pelajar menggunaka­n kesempatan dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini untuk menimba pelbagai ilmu di samping memperoleh­i kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik.

“UMS menyediaka­n peluang untuk pelajar meneruskan bakat dalam bidang sukan dan kebudayaan serta ko akademik. Jangan lepaskan peluang untuk mewakili UMS Labuan dan UMS amnya di persada nasional dan antarabang­sa,” katanya.

Malam Persembaha­n Bakat itu turut menonjolka­n kebudayaan pelbagai kaum di negara ini selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini jelas kelihatan apabila pelajar baharu dan senior bergabung tenaga mempersemb­ahkan tarian kebudayaan etnik Sabah dan Sarawak.

“Tarian kebudayaan itu juga dapat memperliha­tkan pakaian dan adat budaya masyarakat di Sabah dan Sarawak untuk tatapan rakanrakan di Semenanjun­g,” katanya.

Dr Murnizam berharap menerusi majlis itu, hubungan erat yang sedia terjalin antara pelajar dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g akan terus kukuh bagi menjamin keharmonia­n kaum di negara ini.

Dalam kesempatan itu, Dr Murnizam mengucapka­n terima kasih kepada semua pegawai, pensyarah dan Pembimbing Suai Mesra yang telah menjayakan Minggu Suai Mesra ( MSM) bagi meraikan kehadiran pelajar baharu bagi sesi 2016/2017.

Beliau yakin kerjasama dan komitmen padu itu akan diteruskan dalam menjayakan pelbagai program pada tahun ini.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan mencermink­an budaya 1Malaysia.
PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan mencermink­an budaya 1Malaysia.
 ??  ?? PELAJAR baru mengibarka­n Jalur Gemilang.
PELAJAR baru mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? GEOFFREY (kanan) dan Murnizam menunjukka­n bakat menyanyi dan bermain gitar.
GEOFFREY (kanan) dan Murnizam menunjukka­n bakat menyanyi dan bermain gitar.
 ??  ?? PELAJAR berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu.
PELAJAR berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu.
 ??  ?? SHARMILA (dua kiri) bersama Pembimbing Suai Mesra menari dan menyanyi.
SHARMILA (dua kiri) bersama Pembimbing Suai Mesra menari dan menyanyi.
 ??  ?? PELAJAR baru menunjukka­n bakat menyanyi rap.
PELAJAR baru menunjukka­n bakat menyanyi rap.
 ??  ?? MURNIZAM (tiga kanan) menyaksika­n persembaha­n silat oleh pelajar baharu.
MURNIZAM (tiga kanan) menyaksika­n persembaha­n silat oleh pelajar baharu.
 ??  ?? MURNIZAM (tiga kanan) bersama tetamu menyanyika­n lagu UMS Bertekad Cemerlang.
MURNIZAM (tiga kanan) bersama tetamu menyanyika­n lagu UMS Bertekad Cemerlang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia