Utusan Borneo (Sabah)

4,579 pelajar baharu UMS hadiri MSM

Pendedahan mengenai kehidupan di menara gading

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

SERAMAI 4,579 pelajar mendaftark­an diri bagi sesi kemasukan September 2016 di Universiti Malaysia Sabah.

Sempena menyambut kedatangan pelajar baharu, pihak universiti mengadakan program tahunan Universiti kepada pelajar baharu iaitu Minggu Suai Mesra Pelajar atau lebih dikenali dengan (MSM).

Program itu bermula dengan sesi pendaftara­n pelajar di Kolej Kediaman UMS pada 28-29 Ogos 2016.

Pendaftara­n ini diadakan bagi membantu mereka menyesuaik­an diri dengan persekitar­an universiti di samping memberi pendedahan mengenai kehidupan di menara gading.

Minggu Suai Mesra pada sesi ini dijalankan selama 3 hari sahaja, berbanding selama seminggu pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor, UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun bin Abdullah berharap pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan jangan sesekali mengecewak­an harapan kedua-dua ibu bapa.

“Harapan mereka sangat besar kepada anda,” katanya.

Pelbagai pengisian Minggu Suai Mesra pada kali ini antaranya, pelajar diberi pendedahan mengenai pengurusan universiti di peringkat kolej kediaman bersama pengetua dan pihak pengurusan pentadbira­n kolej.

Selain itu, Taklimat HEP, Keselamata­n, PKPP dan JTMK turut diadakan pada hari berikutnya.

Ini bagi memberikan input mengenai kemudahan yang diberikan kepada pelajar sepanjang mereka berada di UMS. Ceramah Peraturan universiti yang berkaitan dengan AUKU dan peraturan Kolej Kediaman termasuk peraturan lalulintas turut diberikan kepada pelajar.

Hari seterusnya mereka masing bagi mendengar taklimat daripada dekan dan ketua-ketua program yang berkaitan selama mereka berada di sini selama 3-4 tahun, terutama yang berkaitan dengan akademik pelajar.

MSM kali ini diserikan lagi dengan Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu yang di sempurnaka­n oleh Datuk Seri Panglima Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah(UMS).

Beliau berkata, sejak kewujudan UMS di Sabah pada tahun 1994, pembanguna­n dan kemajuan negeri ini bergerak seiring demi menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar, selain implikasi positif iaitu memberi nilai tambah dan peningkata­n taraf hidup serta ekonomi masyarakat sekitarnya.

Satu pembaharua­n yang t dibuat dalam MSM kali ini ialah taklimat berkenaan Ancaman dan Fahaman Daish, ISIS dan ISIL yang disampaika­n sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Bukit Aman. Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay.

Dalam ceramahnya,

fahaman Daish, ISIS dan ISIL. “Tumpu dan fokus dalam pembelajar­an itu harus diutamakan,” katanya.

Selepas itu, Sesi Ramah Mesra pelajar baharu diadakan bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Mary menasihatk­an pelajar baharu agar memanfaatk­an segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin agar mereka menjadi insan yang berjaya.

“Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan.

“Jadi, berusahala­h menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among you will survive and thrive,” katanya.

Antara keunikan MSM pada tahun ini ialah pelajar baharu UMS membuat lakaran “Soaring Upwards” yang terbesar di Stadium UMS.

Lakaran berkenaan dibuat oleh 4579 pelajar baharu dalam Program Riadah dan Kebudayaan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berharap semua pelajar yang melalui minggu suai mesra (MSM) ini mendapat pengalaman dengan lebih bermakna dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Walaupun MSM pada kali ini dijalankan selama 3 hari sahaja, katanya, beliau mengharapk­an program ini dapat membantu pelajar baharu mengenali dengan lebih dekat UMS selain berkenal-kenalan antara satu sama lain.

“Kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar sentiasa memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada pelajar dan mengutamak­an kebajikan pelajar,” katanya.

 ??  ?? MARY bersalaman dengan pelajar baharu.
MARY bersalaman dengan pelajar baharu.
 ??  ?? MAJLIS Riadah dan sambutan Hari Kebangsaan.
MAJLIS Riadah dan sambutan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? SEMANGAT patriotik pelajar baharu UMS.
SEMANGAT patriotik pelajar baharu UMS.
 ??  ?? dibawa ke fakulti masingMARY melambaika­n tangan kepada hadirin pada majlis itu. beliau meminta semua pelajar tidak terlibat dengan
dibawa ke fakulti masingMARY melambaika­n tangan kepada hadirin pada majlis itu. beliau meminta semua pelajar tidak terlibat dengan
 ??  ?? MUSA menyampaik­an ucapan pada Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu.
MUSA menyampaik­an ucapan pada Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu.
 ??  ?? HARUN bersama Musa.
HARUN bersama Musa.
 ??  ?? HARUN menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Mary Yap sambil diperhatik­an oleh Prof Madya Dr Ismail Ali.
HARUN menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Mary Yap sambil diperhatik­an oleh Prof Madya Dr Ismail Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia