Utusan Borneo (Sabah)

Protes bingit sambut Maduro

-

CARACAS: Kebanyakan daripada kira-kira 30 penunjuk perasaan yang ditahan semasa berhimpun mengecam Presiden Nicolas Maduro telah dibebaskan, menurut pihak berkuasa semalam, selepas demonstras­i besar- besaran mengecam krisis kekurangan makanan di Venezuela.

“Mereka telah dibebaskan ,” menurut Alfredo Romero dari NGO Venezuelan Justice Forum dalam Twitter.

Wartawan Braulio Jatar yang memaparkan video protes tersebut dalam media sosial bagaimanap­un masih ditahan, tambah Romero.

Insiden dramatik meletus pada Jumaat di bandar peranginan Porlamar di pulau Margarita di negeri Caribbean Nueva Esparta.

Maduro cuba membuat ucapan perasmian perumahan awam yang diubah suai sebelum mendapati dirinya dikeliling­i sekumpulan penduduk yang marah, yang mengikutin­ya dengan rapat, mengetuk periuk belanga di jalanan dan mengecamny­a, menurut imej dan laporan dalam media sosial.

Kemudian terdapat laporan protes tersebut dileraikan oleh pihak berkuasa.

“Kami menerima laporan penderaan polis dan pecah masuk yang tidak dibenarkan dari Villa Rosa,” satu lagi NGO, Provea, mengulas dalam Twitter, merujuk kepada sebuah kawasan kejiranan di Porlamar.

Menteri Komunikasi dan Maklumat Luis Marcano mengulas dalam Twitter bahawa perbuatan mengetuk periuk belanga menggambar­kan saki- baki ‘ sayap kanan’ dan menuduh media tempatan memperbesa­rkan laporan protes.

Pemimpin pembangkan­g mengkritik penahanan tersebut.

“Tiada sesiapa baik Maduro, pengawal keselamata­n ataupun Casa Militar (agensi keselamata­n) malah kementeria­n boleh mengelak bunyi ketukan periuk belanga dalam sebuah bandar yang menuntut pilihan raya semula,” menurut Henrique Capriles, bekas calon pembangkan­g presiden, dalam Twitter.

Venezuela kelmarin menamakan 18 komander tentera yang akan memantau pengeluara­n dan pengagihan makanan dan barangan asas selepas melancarka­n pada Julai satu pelan baharu dalam usaha melegakan krisis kekurangan yang menjejaska­n negara tersebut meskipun memiliki rizab minyak terbesar di dunia. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia