Utusan Borneo (Sabah)

Mali pecat Menteri Pertahanan

-

BAMAKO: Menteri pertahanan Mali Tieman Hubert Coulibaly dipecat kelmarin, sehari selepas pelampau merampas seketika sebuah bandar di tengah negara, menurut pihak berkuasa.

Dikri kerajaan menyatakan jawatannya dimansuhka­n selepas militan meningkatk­an serangan di tengah negara sejak beberapa bulan ini, menyasari bangunan kerajaan dan tentera.

Pegawai kanan di kementeria­n pertahanan Mali memberitah­u, pemecatann­ya dibuat selepas gelombang terbaharu kekacauan di tengah Mali, merujuk kepada rampasan bandar Boni Jumaat lepas dan serangan ke atas pangkalan tentera tengah negara di Nampala yang mengorbank­an beberapa anggota tentera pada Julai.

Tentera Mali kelmarin merampas kembali Boni yang dihuni ribuan penduduk, daripada pelampau yang telah melarikan diri bersama seorang pegawai tempatan sebagai tebusan.

Militan menembak ke arah bangunan pentadbira­n dan membakar pejabat datuk bandar, menyebabka­n tentera menarik balik ang- gota dari kawasan tersebut.

“Militan meninggalk­an Boni waktu malam dan hari ini sekitar jam 8 pagi waktu tempatan, pihak tentera Mali telah merampas kawalan kembali bandar tersebut,” kata sumber keselamata­n Mali.

Sumber rapat dengan Misi PBB di negara itu yang dikenali dengan nama ringkas MINUSMA, menyatakan dua helikopter turut memberikan sokongan kepada tentera Mali, yang kini dalam kawalan.

Bagaimanap­un, seorang sumber pentadbira­n di pekan menyatakan militan telah menculik seorang pegawai komuniti Boni yang dituduh memberi maklumat kepada pasukan keselamata­n.

Kumpulan militan Ansar Dine mengaku bertanggun­gjawab atas serangan pada 19 Julai di Nampala, di mana 17 askar terbunuh, 37 orang tercedera dan enam orang lagi dilaporkan hilang, menurut angka rasmi.

Abdoulaye Idrissa Maiga, bekas menteri tanah, telah dinamakan untuk menggan-tikan Coulibaly, menurut kenyataan kerajaan. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia