Utusan Borneo (Sabah)

Kuasai satu bidang kemahiran Saranan kepada rakyat untuk jana pendapatan keluarga

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM:Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata kerajaan menggalakk­an rakyat terutama di luar bandar agar sekurang-kurangnya mempunyai satu bidang kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Katanya, melalui kemahiran itu, mereka boleh melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an atau meningkatk­an ciriciri kepimpinan dalam pembanguna­n keluarga dan masyarakat umum.

Namun, katanya, walau sebanyak manapun peruntukan atau program latihan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat, ia belum tentu membawa kejayaan jika sikap dan pemikiran rakyat masih di tahap lama dan belum bersedia menerima perubahan.

“Sikap dan pemikiran sedemikian akan menyebabka­n rakyat akan terus ketinggala­n. Rakyat harus menilai diri sendiri dan sanggup berubah ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya berucap merasmikan program Berjalan Kaki 10,000 Langkah yang diadakan di sini pada Sabtu.

Beliau berharap rakyat di luar bandar sentiasa menyertai program pembanguna­n bagi membina kekuatan dan kelebihan diri masing-masing melalui ilmu pengetahua­n dan kemahiran-kemahiran.

Menurut beliau, ilmu pengetahua­n dan kemahiran- kemahiran itu akan meningkatk­an keupayaan diri rakyat untuk meningkatk­an pendapatan serta kesejahter­aan hidup masing-masing.

“Saya berharap para warga Jabatan Kesihatan Daerah ini terus melipatgan­dakan usaha meningkatk­an kesedaran rakyat mengenai kesihatan serta meningkatk­an mutu perkhidmat­an dalam menangani pelbagai masalah kesihatan rakyat serta mengatasi masalah penyakit berjangkit di daerah ini.

“Dalam masa sama, rakyat juga harus bekerjasam­a menjaga kesihatan diri serta kebersihan di kawasan masing-masing bagi mengatasi penyakit berjangkit seperti wabak denggi serta masalah kencing tikus,” katanya.

Radin berharap kerajaan Persekutua­n dapat menyalurka­n peruntukan untuk meningkatk­an perkhidmat­an kesihatan di Sabah terutama untuk menaiktara­f hospital daerah dan klinik kesihatan di daerah ini.

Beliau berkata Klinik Kesihatan Melalap juga sewajarnya dinaiktara­f menjadi hospital bagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah di sekitar kawasan Pekan Baharu Melalap yang bakal dibangunka­n oleh kerajaan negeri selepas pengambila­lihan tanah seluas 200 ekar dari Syarikat Sime Darby selesai.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap berkata, aktiviti- aktiviti dalam program itu seperti berjalan 10,000 langkah, saringan kesihatan dan pemeriksaa­n gigi percuma dan ceramah kesihatan amat baik untuk memupuk budaya aktif serta amalan mengutamak­an kesihatan dalam kehidupan harian.

Katanya, usaha meningkatk­an tahap kesihatan rakyat melalui aktiviti-aktiviti sukan dan riadah seperti berjalan kaki adalah tanggungja­wab bersama rakyat termasuk penglibata­n pemimpin masyarakat, ibu bapa, belia, pelajar¸ warga sektor awam dan swasta serta ahli badan bukan kerajaan (NGO).

“Berjalan kaki 10,000 langkah itu juga boleh dianggap sebagai satu simbol tempoh perjuangan dan perjalanan negara kita yang menempuhi pelbagai cabaran serta mengalami banyak peristiwa pahit dan manis sejak merdeka.

“Usaha kita mencapai 10,000 langkah itu memerlukan komitmen, daya usaha serta ketahanan mental dan fizikal kita. Tanpa komitmen, daya usaha serta ketahanan mental dan fizikal, sudah tentu kita akan gagal mencapai 10,000 langkah itu,” katanya.

Justeru itu, katanya, angka 10,000 langkah itu juga bolehlah diibaratka­n sebagai satu panduan dan usaha untuk merealisas­ikan cita-cita dan matlamat menjadikan negara maju, aman dan rakyat hidup bersatu dan harmoni.

Radin berkata kerajaan giat melaksanak­an program pembanguna­n ekonomi dan sosial, pendidikan dan latihan serta sukan dan riadah bagi melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahir­an dan sihat mental dan fizikal.

Katanya, semua kemudahan awam termasukla­h trek untuk program 10,000 langkah dibina oleh kerajaan bagi menggalakk­an lagi penyertaan rakyat dalam program pembanguna­n berkenaan.

Menurut beliau, bidangbida­ng sukan, riadah serta aktiviti- aktiviti kecergasan pada hari ini semakin popular sebagai salah satu bidang kerjaya dan keusahawan­an yang mampu memberikan pendapatan kepada penggiat bidang-bidang berkenaan.

Malah, katanya, ia mampu melahirkan ramai atlet negara yang berjaya mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa.

Pada majlis itu, Radin turut menyerahka­n kenderaan ambulan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia kepada Klinik Kesihatan Melalap. Klinik Kesihatan Daerah Kecil Kemabong turut menerima kenderaan yang sama.

Kenderaan itu diterima oleh Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah, Dr Eric Tan Chee How.

Lebih 600 orang termasuk Pegawai Daerah, Madiyem Layapan, ketua Polis Daerah, DSP Firdaus Abdullah, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n dan pegawai- pegawai Pejabat Kesihatan daerah menyertai program berjalan kaki 10,000 langkah.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) RADIN bersama Madiyem turut serta dalam program itu. (Gambar kanan) RADIN menyerahka­n kenderaan ambulan KKM kepada Dr Eric Tan.
(Gambar atas) RADIN bersama Madiyem turut serta dalam program itu. (Gambar kanan) RADIN menyerahka­n kenderaan ambulan KKM kepada Dr Eric Tan.
 ??  ?? RADIN bersama Madiyem dan Dr Eric sedang melakukan lawatan ke dalam kenderaan ambulan itu.
RADIN bersama Madiyem dan Dr Eric sedang melakukan lawatan ke dalam kenderaan ambulan itu.
 ??  ?? RADIN melepaskan para peserta program.
RADIN melepaskan para peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia