Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat DUN Sukau harap pembelaan Sentiasa dahagakan pembanguna­n dan perubahan ekonomi

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengulangi gesaan kepada semua pihak supaya memberi perhatian pembanguna­n kepada rakyat di kawasan DUN Sukau yang masih jauh ketinggala­n.

Ia termasuk kepada pimpinan kerajaan Barisan Nasional ( BN) serta kementeria­n dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Saddi berkata, rakyat yang diwakiliny­a terus menanti segala bentuk `balasan budi’ yang boleh diberi kerajaan atas sokongan mereka selama ini yang membawa kepada kemenangan BN.

“Kepada pemimpin, kementeria­n dan pegawai tinggi kerajaan termasuk di daerah ini, saya merayu sekali lagi, tolonglah kenang budi rakyat dari Dun Sukau.

“Sudah tiba masanya segala keperluan pembanguna­n yang kami tuntut, tolong segera dipertimba­ngkan. Jangan biarkan rakyat di kawasan ini terus hampa dan tertunggut­unggu dengan apa yang kami rancang dan kemukakann­ya kepada kerajaan sejak sekian lama,” katanya.

Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) menyatakan demikian ketika menyempurn­akan Majlis Pelancaran Tamu Minggu Pekan Sukau di Dataran Tamu, kelmarin.

Menurutnya, segala permintaan rakyat seperti projek pembanguna­n yang terkandung dalam cadangan pengwujuda­n Pekan Sukau yang dilancarka­n oleh Ketua Menteri pada 24 Julai 2010 dapat dipertimba­ng dalam waktu terdekat ini.

“Antara lain dalam cadangan itu harapan mengwujudk­an pembinaan sebuah jambatan merentasi Sungai Kinabatang­an di sini yang diluluskan Perdana Menteri bernilai lebih RM70 juta yang turut memudahkan perhubunga­n penduduk Mukim Litang, malah bandarband­ar di Pantai Timur Sabah ke kawasan Pekan Sukau dapat direalisas­ikan.

“Memang masih ada usaha liar melibatkan badan NGO daripada luar untuk menghalang pelaksanaa­n projek ini. Tetapi saya yakin dan percaya, kerajaan negeri akan mempertimb­ang kehendak rakyat menerusi sebuah syarikat pemaju yang dilantik agar dimulakan Oktober ini,”katanya.

Dalam pada itu, Saddi berkata cadanganny­a untuk mewujudkan Pusat Pentadbira­n Daerah di Pekan Sukau selain kajian pembanguna­n Sukau sebagai sebuah daerah penuh yang dilakukan pihak Institut Kajian Pembanguna­n Sabah (IDS) kini dalam fasa akhir dapat dipertimba­ng oleh kerajaan negeri sebelum ia dapat dilaksana pada 2020.

“Apa yang saya harapkan sebuah kerjasama yang padu mewakili semua pihak dalam kerajaan BN dapat memberi sepenuh tumpuan kepada program pembanguna­n rakyat di kawasan ini demi kebaikan rakyat Dun Sukau,”katanya.

Berucap di hadapan lebih 500 penduduk termasuk mewakili 80 penguasaha pelbagai jenis produk dalam menjayakan Tamu Minggu Pekan Sukau, Saddi berkata, beliau tidak akan merasa jemu untuk berusaha demi masa depan dan kemajuan rakyat kawasan itu.

Beliau berkata tumpuan dalam memajukan Pekan Sukau tidak bermakna beliau akan mengetepik­an keperluan pembanguna­n di kampungkam­pung lain dalam kawasan itu.

“Saya tidak niat melakukan sedemikian. Sebaliknya, memajukan pekan adalah matlamat untuk mengembang­kan faedahnya kepada pembanguna­n dan ekonomi di semua kampung di sekitar pekan ini.

“Saya tidak akan memperkeci­lkan skop pembanguna­n manamana kampung yang turut terpinggir. Kita tetap akan melayani keperluan pembanguna­n seluruh rakyat di segenap Dun Sukau seperti biasa,”katanya.

Dalam pada itu, Saddi mahu supaya usaha memperkasa program pembanguna­n Tamu Minggu di pekan itu dapat digerakkan dengan kerjasama semua pihak.

Katanya, program Tamu Minggu Pekan Sukau itu akan beroperasi setiap Ahad dan bergerak selari dengan Tamu Minggu Gumantong Jaya yang berlangsun­g pada setiap Isnin dan Tamu Bukit Garam pada setiap Sabtu.

“Dengan adanya pergerakan selari antara semua aktviti tamu ini, ia akan memberi impak yang baik dalam perlaksana­annya sesuai dengan keperluan dan tuntutan ekonomi rakyat,”katanya.

 ??  ?? SADDI memukul gong tiga kali sebagai simbolik majlis perasmian Tamu Minggu Pekan Sukau.
SADDI memukul gong tiga kali sebagai simbolik majlis perasmian Tamu Minggu Pekan Sukau.
 ??  ?? DAMSAH Batadon menyampaka­n cenderhati kepada Saddi selepas Majlis Perasmian.
DAMSAH Batadon menyampaka­n cenderhati kepada Saddi selepas Majlis Perasmian.
 ??  ?? SADDI memberi peransang kepada para peserta Tamu Minggu Pekan Sukau
SADDI memberi peransang kepada para peserta Tamu Minggu Pekan Sukau
 ??  ?? MEMBERI hamper kemenangan kepada juara pertanding­an nyanyian.
MEMBERI hamper kemenangan kepada juara pertanding­an nyanyian.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan.
SADDI menyampaik­an ucapan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia