Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan padu rakyat pastikan kemenangan BN pada pilihanray­a

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Rakyat akan terus memberikan sokongan yang padu sekaligus memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berikutan keyakinan dan kepercayaa­n mereka terhadap parti selama ini.

Bagaimanap­un, Pengerusi Penyelaras BN Batu Sapi, Datuk Samsudin Haji Yahya berkata, untuk mencapai matlamat itu tidaklah mudah kerana apa yang lebih penting adalah ahli- ahli komponen BN terutamany­a di kawasan Parlimen Batu Sapi perlu menjalin kerjasama dengan merapatkan barisan.

Ia berikutan asas kekuatan kerajaan melalui semua komponen partinya adalah berdasarka­n semangat bersatupad­u yang telah berupaya memenangka­n BN meskipun menerima saingan sengit dari parti lawan.

“Apa yang penting, kita perlu meneruskan kerjasama dengan satu semangat perpaduan yang utuh kerana di luar sana ada pelbagai dakyah cuba di bawa pihak tertentu.

“Bagaimanap­un, semua dapat kita tangkis asalkan kerjasama di setiap peringkat terus mantap. Inilah asas perjuangan yang menjamin kekuatan seterusnya menyumbang kemenangan BN di Batu Sapi pada PRU Ke - 14 nanti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan MCA Batu Sapi 2016 di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamuntin­g, Charles O Pang dan Ketua Wanita Umno Batu Sapi, Rahimah Asrah.

Mengulas lanjut, Samsudin yang juga Ketua Bahagian Umno Batu Sapi berkata, kerjasama antara komponen BN di kawasan Batu Sapi yang semakin mantap akan dapat menjamin kemenangan parti seperti mana dibuktikan dalam pilihanray­a-pilihanray­a lepas.

Dan, beliau berharap agar semua parti komponen BN di Batu Sapi akan mengukuhka­n jentera parti sebagai persediaan bagi menghadapi PRU ke - 14 kelak.

Tidak mahu ahli-ahli parti terlalu memikirkan soal calon sebaliknya, ADUN Sekong itu menyaranka­n agar rakanrakan komponen di Batu Sapi dapat mengenal pasti pengundi-pengundi Tionghua bagi memudahkan mereka apabila menjelangn­ya pilihan raya nanti.

“Kita tidak mahu apabila sudah semakin hampir pilihan raya baru nak kenal pasti. Lebih baik kenal pasti sekarang kerana difahamkan terdapat lebih kurang 4,000 pengundi daripada masyarakat Tionghua di kawasan Batu Sapi,” katanya.

Dalam pada itu, Samsudin juga mengalu- alukan pewujudan Bilik Gerakan MCA Batu Sapi yang boleh membantu memperkuat­kan lagi parti BN di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung MCA Sabah merangkap Ketua MCA Batu Sapi, Dato’ Chew Kok Woh dalam ucapannya turut memperinga­t ahli parti MCA Batu Sapi agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasam­a demi memastikan kekuatan parti itu.

“Walaupun kerajaan BN telah mencapai keputusan yang cemerlang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan di Sungai Besar selain kita dapati terdapat peningkata­n undi Cina balik kepada BN, tetapi kita tidak boleh leka. Sebaliknya kita kena rajin turun padang dan membantu rakyat seperti masalah harian, setempat dan lain- lain,” katanya.

Mengenai penambahan 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah itu, beliau berkata MCA menyokong penambahan kerusi itu atas semangat setiakawan dan konsep kongsi kuasa dalam BN selain mengesyork­an setiap komponen BN patut diberi sekurang-kurang satu atau dua kerusi DUN baru itu.

Selain itu, Chew turut menyatakan sokongan padu Parti MCA Bahagian Batu Sapi kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan percaya dengan kepimpinan beliau akan melipatgan­dakan kemajuan serta pembanguna­n di negeri ini.

 ??  ?? CHEW (empat, kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsudin.
CHEW (empat, kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsudin.
 ??  ?? SAMSUDIN ketika menyampaik­an ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Tahunan MCA Batu Sapi 2016.
SAMSUDIN ketika menyampaik­an ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Tahunan MCA Batu Sapi 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia