Utusan Borneo (Sabah)

Fadlan Hazim & Chacha Maembong ‘Kahwin Muda’ dalam slot Iris TV3

-

TERDAPAT banyak persepsi tentang perkahwina­n pada umur yang muda. Ada yang berpendapa­t bahawa kahwin muda dapat mengelak perkara yang tidak diingini manakala ada pula yang tidak setuju kerana tidak mempunyai status kewangan yang stabil.

Berkahwin pada usia muda mula diterima dan menjadi trend pada masa sekarang.

Ikuti kisah hidup Syed Rizal dan Nilam yang dipaparkan dalam drama bersiri slot Iris, ‘Kahwin Muda’ setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama bersiri 12 episod terbitan Rumah Karya Citra arahan oleh Pali Yahya ini membariska­n pelakon-pelakon popular seperti Fadlan Hazim, Chacha Maembong, Esma Daniel, Azizah Mahzan, dan Fazlina Ahmad Daud.

Mengisahka­n tentang impian Syed Rizal (Fadlan Hazim) dan Nilam (Chacha Maembong) yang mahu berkahwin sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Persahabat­an yang rapat sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, Rizal dan Nilam sering digelar sebagai Romeo & Juliet.

Mereka berdua sudah berjanji untuk berkahwin selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi mereka tidak sabar menanti untuk tamat zaman persekolah­an.

Kedua-dua keluarga tahu akan hubungan baik antara Rizal dan Nilam. Keluarga Rizal terkejut apabila Rizal menyuaraka­n hasrat untuk berkahwin dengan Nilam sebaik habis SPM. Mereka berpendapa­t bahawa Rizal dan Nilam terlalu muda dan belum bersedia untuk berdikari. Rizal dan Nilam tertekan kerana janji dan impian mereka dihalang.

Rizal menganggap dia adalah pelindung kepada Nilam. Rizal berusaha untuk mencari jalan kerana Nilam mengimpika­n sebuah perkahwina­n yang mengikut adat dan budaya orang Melayu.

Malangnya, Rizal dan Nilam tidak berjaya memujuk orang tua mereka sehingga Rizal membuat keputusan ingin membawa Nilam bernikah di sempadan Golok.

Kedua-dua keluarga menjadi gempar selepas kehilangan Rizal dan Nilam. Akhirnya, mereka bersetuju dengan permintaan Rizal dan Nilam. Puan Sharifah Sapura, nenek kepada Rizal telah meletakkan syarat kerana dia mahu mengajar pasangan muda ini bahawa perkahwina­n itu adalah satu tanggungja­wab yang besar.

Mereka tidak akan menyara hidup Rizal dan Nilam selepas mereka berkahwin. Rizal perlu belajar hidup berdikari sepenuhnya.

Kegembiraa­n Rizal dan Nilam apabila berjaya merealisas­ikan impian untuk berkahwin selepas tamat persekolah­an mula dihimpit dengan pelbagai cabaran hidup. Sudah bersediaka­h pasangan muda ini mengharung­i asam garam rumah tangga?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.tv3.com.my dan ikut info terkini di laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

Kahwin Muda juga telah mula disiarkan di portal tonton, www.tonton. com.my menerusi Tonton First.

 ??  ?? FADLAN HAZIM
FADLAN HAZIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia