Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diseru pelihara keamanan dan keharmonia­n

Isu yang boleh diselesai secara baik tidak perlu diperbesar sehingga menjadi viral di laman sosial

-

SERIAN: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menggesa rakyat negeri ini supaya menjaga keamanan dan keharmonia­n dengan tidak memperbesa­r sebarang isu dicetus berita sehingga menjadi viral laman media sosial.

Ahli Parlimen Serian berkata demikian sebagai merujuk kes seorang pengetua didakwa menegur salah seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini memakai rantai bersalib.

“Pihak berkuasa menjalanka­n siasatan, orang ramai boleh membantu dengan tidak menghebah kejadian itu sehingga menjadi

viral media sosial,” katanya. Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak berkuasa mendapatka­n kebenaran serta bertindak sewajarnya.

“Hentikan viral berkenaan kerana kita telah hidup bersama di dalam keadaan baik dan menghormat­i serta menerima agama antara satu sama lain berdekad lamanya.

“Mengapa perkara seperti ini harus ditimbul sehingga boleh mengugat keamanan?” kata Riot semasa merasmikan Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan untuk bahagian Serian, pada Jumaat malam.

Beliau berkata tema Sehati Sejiwa dalam erti kata lain bahawa negara ini perlu melihat dan menyedari bahawa kita rakyat mengamal 1Malaysia.

Beliau menegaskan fakta bahawa Hari Kebangsaan disambut setiap 31 Ogos merupakan cara memperinga­ti hari itu termasuk menjaga keamanan dan keharmonia­n utuh negara ini.

Beliau menggesa rakyat Sarawak mengibarka­n Jalur Gemilang sehingga 16 September ini sebagai tanda memperinga­ti penyertaan Sarawak membentuk Malaysia.

Antara hadir di majlis itu yang berakhir pada tengah malam adalah Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Bukit Semuja John Ilus, Adun Kedup Martin Ben, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia Major ( B) Peter Runin, Pegawai Daerah Raymond Achen dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Dr Simon Sindang Bada.

Diadakan di Taman Komuniti Serian, acara itu menyaksika­n persembaha­n secara langsung daripada artis rakaman dan persembaha­n lagu patriotik.

Hentikan viral berkenaan kerana kita telah hidup bersama di dalam keadaan baik dan menghormat­i serta menerima agama antara satu sama lain berdekad lamanya. DATUK SERI RICHARD RIOT JAEM Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? RIOT berjabat tangan dengan rakyat di Serian sewaktu tiba Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang.
RIOT berjabat tangan dengan rakyat di Serian sewaktu tiba Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia