Utusan Borneo (Sabah)

Lantik pemimpin masyarakat mampu angkat perubahan desa

-

KUCHING: Individu dilantik menjadi pemimpin desa atau peringkat akar umbi mesti dalam kalangan benar-benar layak serta mampu menaik taraf dan menawar perubahan jelas dalam pengurusan pentadbira­n di desa masing-masing.

Menegaskan perkara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol tidak mahu jawatan dipohon dan diberi atas alasan sentimenta­l atau memenuhi kehendak diplomasi.

“Saya mahukan sebuah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) yang mempunyai struktur organisasi benar-benar berfungsi dan aktif.

“Misalnya, dalam JKKK yang diwakili Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pengerusi Masjid, Pegawai RELA mengurus perihal keselamata­n, Ketua Pemuda dan Wanita serta biro yang bersesuaia­n.

“Malah amat disarankan jika JKKK ini dapat mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali membincang­kan hal ehwal kampung terutama melibatkan status projek pembanguna­n atau isu kebajikan di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Memperkasa­kan Kepimpinan Desa Kawasan DUN Semop, Daerah Daro, di Dewan Kemas Daro, pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangk­an agar setiap kampung dapat mengemaski­ni struktur JKKK masing-masing sebelum penghujung tahun ini dan menyerahka­n kepadanya laporan tersebut termasuk minit mesyuarat.

“Kampung yang gagal mengemukak­an laporan struktur JKKK dan minit mesyuarat masing- masing tidak akan dilayani dari segi permohonan peruntukan.

“Saya mahu melakukan perkara ini kerana kita bukan sahaja mahu membawa sebanyak mana projek pembanguna­n ke kawasan kita, tetapi pada masa sama, kita mahu perubahan dari segi sistem pentadbira­n kampung sama ada di peringkat JKKK, pentadbira­n masjid, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), PIBG dan sebagainya,” tegasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abdullah juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Semop memberitah­u, dalam keadaan kawasan desa yang masih ketinggala­n dalam pelbagai bentuk infrastruk­tur asas selain keinginan untuk mempercepa­tkan proses memakmurka­n desa dalam pelbagai aspek termasuk sosio ekonomi, masyarakat setempat tidak ada pilihan lain melainkan melakukan perubahan drastik dari aspek budaya kerja.

“Wakil rakyat tidak dapat bekerja bersendiri­an tanpa kecekapan pemimpin akar umbi, malah wakil rakyat memerlukan maklumat betul serta buah fikiran yang bernas daripada pemimpin desa.

“Justeru, kita perlu melakukan perubahan drastik dari aspek budaya kerja ke arah kesungguha­n mantap, kecekapan tinggi serta hasil kerja bermutu tinggi,” jelasnya.

Katanya lagi, meskipun kadangkada­ng birokrasi boleh mengakibat­kan kelewatan dari aspek penyampaia­n perkhidmat­an, tetapi jika semua pihak terlibat secara langsung atau tidak dalam proses pentadbira­n dan pengurusan, sudah pasti perkara seumpama itu dapat diurus dengan lancar dan sempurna.

Seminar Memperkasa­kan Kepimpinan Desa Kawasan DUN Semop itu merupakan anjuran kedua oleh Pejabat Daerah Daro dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Semop.

Dalam seminar itu, antara topik ceramah yang disampaika­n ialah Peranan serta Fungsi JKKK serta Pengurusan Kewangan JKKK selain pembentang­an tentang Tanggungja­wab Ketua-ketua Masyarakat.

Ceramah itu telah disampaika­n oleh Pegawai Daerah Daro, Pegawai Daerah Mukah serta pegawai tadbir dari Pejabat Residen Mukah.

Sesi terakhir seminar ialah sesi dialog antara ketua masyarakat dengan sembilan agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK), Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan SESCO.

Seminar sama turut dirancang diadakan untuk pemimpin desa di kawasan Meradong pada masa akan datang.

 ??  ?? ABDULLAH (berdiri depan tengah) merakam kenangan bersama para peserta Seminar Memperkasa­kan Kepimpinan Desa Kawasan DUN Semop, Daerah Daro, di Dewan Kemas Daro.
ABDULLAH (berdiri depan tengah) merakam kenangan bersama para peserta Seminar Memperkasa­kan Kepimpinan Desa Kawasan DUN Semop, Daerah Daro, di Dewan Kemas Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia