Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh pusat aktiviti luar bandar tarik penyertaan aktif penduduk

-

MIRI: Pusat aktiviti luar bandar perlu ditubuh lebih pada peringkat kampung dalam usaha menarik penyertaan aktif kalangan rakyat dalam pelbagai aktiviti kemasyarak­atan anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Menteri Muda Perpaduan Rosey Yunus berkata, pusat aktiviti luar bandar dilihat menjadi tempat alternatif meningkatk­an lagi perpaduan dan pemahaman lebih baik penduduk kampung.

“Pusat aktiviti luar bandar ini akan dapat melahirkan masyarakat kepimpinan tinggi dan mampu membimbing ke arah memperbaik­i diri dalam pelbagai aspek pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaia­n geran projek kecil luar bandar ( MRP) bernilai RM40,000 kepada JKKK Kampung Angus, bertempat di Pusat Khidmat Bekenu di sini, pada Sabtu.

Hadir sama ialah Pemanca Ali Mudin, Pengerusi Persatuan Ketua Kaum Sibuti Amin Antin dan Kaunselor Sulaiman Ahmad.

Jelas Rosey juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekenu, geran yang disampai JKKK Kampung Angus akan diguna bagi membina sebuah pusat aktiviti luar bandar untuk kampung itu.

Apabila siapnya pusat itu nanti katanya, ia akan memberi manfaat kepada penduduk kampung terbabit yang boleh diguna pelbagai aktiviti termasuk aktiviti pembelajar­an kanak- kanak.

Ujar beliau, sehingga kini di kawasan Bekenu hanya terdapat dua pusat aktiviti luar bandar disedia iaitu di rumah panjang Michael Balo di Sebatu Niah dan Kampung Muhibbah di Ladang Tiga.

Tambah beliau, pusat terbabit turut digunakan sebagai tadika dan pusat pembelajar­an untuk anakanak di kampung itu.

 ??  ?? ROSEY (enam kanan) menyampaik­an geran kepada Ketua Kaum Ali Yaman bagi mewakili JKKK Kampung Angus sambil disaksi yang lain.
ROSEY (enam kanan) menyampaik­an geran kepada Ketua Kaum Ali Yaman bagi mewakili JKKK Kampung Angus sambil disaksi yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia