Utusan Borneo (Sabah)

Isu kemerdekaa­n tidak harus dipolitikk­an, kata Wan Junaidi

-

KUCHING: Isu kemerdekaa­n tidak harus dipolitikk­an kerana dikhuatiri akan menggugat perpaduan di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sentimen politik memecahkan perpaduan itu tidak harus wujud khususnya apabila negeri ini memiliki masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

“Politik ada batasan, ada parameter tertentu supaya kita tidak meletakkan (perpaduan) negara sebagai pertaruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelepasan Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Daerah Kuching di Kampung Telaga Air, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Aziz Abdul Rahman merangkap ketua konvoi.

Wan Junaidi turut menyeru masyarakat untuk menghayati sejarah perjuangan negara dan meningkatk­an perasaan berterima kasih kepada jasajasa yang disumbangk­an pemimpin serta pejuang kemerdekaa­n.

Menurutnya, masyarakat perlu mengambil iktibar dari negara-negara lain yang tidak menghargai kemerdekaa­n dan keamanan dikecapi sehingga berada dalam keadaan kucarkacir.

Kembara Jalur Gemilang itu disertai 55 kenderaan termasuk yang menjelajah Daerah Kuching dengan membawa Jalur Gemilang.

Perjalanan dimulakan dari Esplanade Telaga Air kirakira jam 10.30 pagi menuju ke Taman Malihah kemudian ke Bandar Baru Batu Kawah ( MJC) dan seterusnya ke Kampung Haji Baki dan Kampung Bumbok sebelum berakhir di Kampung Batu Kitang.

 ??  ?? WAN Junaidi menyempurn­akan simbolik pelepasan Kembara Jalur Gemilang 2016 di Telaga Air.
WAN Junaidi menyempurn­akan simbolik pelepasan Kembara Jalur Gemilang 2016 di Telaga Air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia