Utusan Borneo (Sabah)

Ketua masyarakat harus proaktif main peranan

-

SARIKEI:Ketua-ketua masyarakat harus memainkan peranan secara proaktif dan bertanggun­gjawab memikul amanah khususnya dari segi kebajikan dan masalah masyarakat di kawasan mereka.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teng Ung Woo berkata golongan ini harus peka dengan isu dan perkara berlaku sekitar mereka.

“Kita tidak mahu pemimpin masyarakat ambil mudah dengan tanggungja­wab dan kepercayaa­n diamanahka­n terhadap mereka sebagai seorang pemimpin di peringkat akar umbi.

“Mereka amat penting untuk memastikan pentadbira­n negara mencapai misi dan rakyat tidak mahu ketinggala­n daripada arus pembanguna­n negara.

“Kerajaan mahu tiada manamana pihak ketinggala­n dalam gelombang transforma­si negara dan bagi memastikan misi tercapai, semua pihak memainkan peranan masing-masing,” katanya ditemui mengunjung­i beberapa keluarga miskin dari beberapa kawasan seperti Sungai Kedup dan Meruton di sini pada Sabtu.

Turut sama ialah Kaunselor Leong Tak Liong, Kaunselor Egong, Kaunselor Ham Kok Chi dan Kapitan Lim Ka Ho.

Teng turut meninjau beberapa kawasan pendudukny­a pernah menyampaik­an masalah membelengg­u mereka.

“Kerajaan berusaha dan fokus menyalurka­n pelbagai aspek pembanguna­n di kawasan-kawasan luar bandar terutamany­a berkaitan kemudahan infrastruk­tur.

“Justeru, sokongan padu masyarakat amat penting dalam menjayakan usaha ini kerana kerjasama positif memberi kelancaran usaha kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mahu masyarakat bersabar kerana semua usaha dijalankan peringkat demi peringkat sesuatu kawasan.

Bagi masyarakat dilawatiny­a, beliau berjanji membantu mereka mendapatka­n bantuan sewajarnya daripada pihak berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia