Utusan Borneo (Sabah)

Ops Lejang tahan dalang, rampas motosikal curi

-

LIMBANG: Polis berjaya menemui semula lima motosikal dipercayai dicuri dan dilapor hilang di bandar ini dalam operasi Ops Lejang di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata anggotanya turut menahan lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat sindiket itu hasil penemuan motosikal terbabit.

Belia berkata, kesemua suspek lelaki berusia 16 hingga 52 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Bidang dan Pangkalan Madang.

“Hasil pemeriksaa­n, polis telah menjumpai lima motosikal curi yang dilaporkan hilang di sekitar bandar Limbangt,” katanya di sini pada Jumaat.

Kes terbabit, katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya, pihaknya masih giat mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Freedy beralamat di Kampung Bawang Obor Jalan Batu Danau bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian motosikal di bandar ini.

Beliau meminta kerjasama orang awam mempunyai maklumat mengenai suspek agar melaporkan kepada balai polis terdekat.

Beliau mahu orang awam sentiasa peka terhadap langkah pencegahan jenayah dan meminta kerjasama dalam kalangan orang awam bagi memastikan kes jenayah dapat dibendung.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Tega Bilong dan pegawai-pegawai kanan polis.

 ??  ?? MOHD Bukhori (depan, dua kiri), Tega (kiri) dan pegawai polis lain menunjukka­n motosikal curi yang dirampas di Limbang, kelmarin.
MOHD Bukhori (depan, dua kiri), Tega (kiri) dan pegawai polis lain menunjukka­n motosikal curi yang dirampas di Limbang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia