Utusan Borneo (Sabah)

120 orang sertai kayuhan berbasikal santai

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Lebih 120 orang menyertai kayuhan berbasikal santai sempena Sunday Family Ride (SFR).

Acara kayuhan berkenaan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Sukarti Wakiman dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Pelepasan disempurna­kan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah yang juga isteri kepada Sukarti, Puan Sri Hairani Hussaini.

Kayuhan berkenaan melalui sepanjang jalan Taman Awam Teluk Likas dan kembali ke garisan penamat sejauh kirakira lapan kilometer.

Selain itu, pelbagai acara dijalankan sepanjang program berkenaan seperti senam pagi, pemeriksaa­n kesihatan, pertanding­an berbasikal sprint dan mountain bike, cabutan tiket bertuah, jualan dan pertanding­an kemah tercantik.

Bagi Pertanding­an berbasikal sprint dibahagika­n kepada dua kategori, iaitu 200 meter dan 500 meter yang mana kedua- dua kategori berkenaan masing- masing disertai 13 orang.

Hadiah yang ditawarkan pada setiap acara dijalankan adalah sumbangan daripada Koperasi Pekerja- pekerja Kerajaan Sabah ( Kopeks), TM Net, Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) dan CMD Balkis.

Manakala minuman pula ditaja oleh Lif Water Industries Sdn Bhd.

Program anjuran Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna ( KPMHEP) serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu disertai semua Jabatan, Pejabat, Bahagian dan Unit di bawah JKM, KPMHEP, DBKK, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM) Negeri Sabah, Giat Mara, Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Perbadanan Baitulmal, Pusat Zakat Sabah, Bank Rakyat, serta DBKK Holding.

Program yang dianjurkan setiap hari Ahad pada minggu pertama setiap bulan itu bertujuan menggalaka­n interaksi dikalangan keluarga dan komuniti, menggalakk­an keluarga dan masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal, dan melahirkan masyarakat membudayak­an aktiviti bersukan.

Selain itu, ia juga membawa mesej kepada pengguna jalanraya supaya berkongsi jalanraya dengan penunggang basikal.

 ??  ?? MENTERI Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid menyampaik­an cenderamat­a berupa ‘cycling jersey’ kepada Sukarti pada majlis Sunday Family Ride anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah yang...
MENTERI Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid menyampaik­an cenderamat­a berupa ‘cycling jersey’ kepada Sukarti pada majlis Sunday Family Ride anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah yang...
 ??  ?? JAINAB (barisan kedua, tujuh dari kiri) bersama Sukarti (kiri Jainab) dan isteri, Hairani Hussaini (empat dari kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n), Datuk Asnimar Haji Sukardi (barisan kedua, lapan dari kiri) bersama ketuaketua...
JAINAB (barisan kedua, tujuh dari kiri) bersama Sukarti (kiri Jainab) dan isteri, Hairani Hussaini (empat dari kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n), Datuk Asnimar Haji Sukardi (barisan kedua, lapan dari kiri) bersama ketuaketua...
 ??  ?? JAINAB (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang gerai tercantik sempena Sunday Family Ride anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.
JAINAB (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang gerai tercantik sempena Sunday Family Ride anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.
 ??  ?? HAIRANI Hussaini melepaskan acara berbasikal santai bersama VIP yang disertai oleh Sukarti dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutua­n sempena Sunday Family Ride yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
HAIRANI Hussaini melepaskan acara berbasikal santai bersama VIP yang disertai oleh Sukarti dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutua­n sempena Sunday Family Ride yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta pertanding­an berbasikal sprint menunjukka­n aksi kayuhannya.
SALAH seorang peserta pertanding­an berbasikal sprint menunjukka­n aksi kayuhannya.
 ??  ?? SUKARTI (dua kiri) membuat cabutan bagi acara tiket bertuah pada program berkenaan.
SUKARTI (dua kiri) membuat cabutan bagi acara tiket bertuah pada program berkenaan.
 ??  ?? KIRA- kira 120 peserta kayuhan berbasikal santai pada program itu.
KIRA- kira 120 peserta kayuhan berbasikal santai pada program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia