Utusan Borneo (Sabah)

Pelatih TABS ikuti Program Ujian Kecergasan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Cimb Foundation dengan kerjasama TABS Safa Bandaraya mengadakan Program Ujian Kecergasan kepada pelatihpel­atih TABS membabitka­n kategori umur 12 hingga 16 tahun di padang Kompleks Sukan Likas di sini.

Program dua hari itu bertujuan menilai tahap kecergasan pelatih terbabit di samping menerapkan nilai-nilai jati diri dan disiplin sebagai pemain bolasepak di kalangan pelatih.

Ia dikendalik­an oleh jurulatih kecergasan, Christophe­r Siaw yang dipertangg­ungjawabka­n Cimb Foundation dengan dibantu para jurulatih TABS yang diketuai Matasan Ahmad.

Hadir bersama menyaksika­n pengendali­an program berkenaan ialah Penolong Pengurus Ke bertanggun­gjawab a n Korporat Pejabat Kumpulan CEO Cimb, Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim, pihaknya mengalualu­kan program tersebut kerana ia membantu pelatih-pelatih menyedari pentingnya aspek kecergasan serta berusaha memperbaik­i dan meningkatk­an tahap kecergasan masingmasi­ng dari semasa ke semasa.

Katanya, melalui program ini setiap pelatih dapat diukur tahap kecergasan dan mereka boleh berusaha memperbaik­inya sekiranya ada kelemahan dari aspek itu.

“Bagi pihak TABS Safa Bandaraya, kita mengucapka­n terima kasih kepada Cimb Foundation atas insiatif mengadakan program ini di Sabah,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya ada perancanga­n Cimb Foundation untuk mengadakan program yang lain pada masa akan datang.

Katanya, kerjasama baik di antara TABS dan Cimb Foundation diharapkan mampu menghasilk­an kejayaan terhadap program pembanguna­n bolasepak akar umbi untuk jangka masa panjang. -

 ??  ?? LOKMAN (dua dari kiri) bersama Abdul Rashid (empat dari kanan), Christophe­r (tiga dari kiri), Matasan (tiga dari kanan) dan jurulatih lain mendengar taklimat program itu.
LOKMAN (dua dari kiri) bersama Abdul Rashid (empat dari kanan), Christophe­r (tiga dari kiri), Matasan (tiga dari kanan) dan jurulatih lain mendengar taklimat program itu.
 ??  ?? JURULATIH kecergasan, Christophe­r Siaw (kiri) menyatakan sesuatu kepada pelatih-pelatih yang terlibat dalam program ujian kecergasan itu.
JURULATIH kecergasan, Christophe­r Siaw (kiri) menyatakan sesuatu kepada pelatih-pelatih yang terlibat dalam program ujian kecergasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia