Utusan Borneo (Sabah)

Serena lepasi mercu tanda baharu Grand Slam Atasi rekod Navratilov­a apabila cipta kemenangan ke-307 untuk mara ke pusingan ke-4 Terbuka AS

- Serena Williams Pemain nombor satu dunia

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Serena Williams melepasi satu lagi mercu tanda Sabtu lepas apabila mencipta kemenangan yang ke-307 pada kejohanan Grand Slam untuk memintas rekod bintang legenda, Martina Navratilov­a dan melangkah ke pusingan keempat Terbuka AS.

Williams mudah menewaskan Johanna Larsson dari Sweden 6-2 dan 6-1 dan bukan sahaja beliau mengatasi rekod Navratilov­a untuk jumlah kemenangan paling banyak dalam kejohanan Grand Slam, beliau juga hanya kurang satu kemenangan untuk melepasi rekod Roger Federer dalam bahagian lelaki.

“Saya benar-benar teruja untuk mencipta kemenangan ke- 307,” kata Williams. “Ia sesuatu yang saya sendiri tidak tahu sehinggala­h kejohanan Wimbledon – ia seperti satu sasaran baharu. Ia agak menarik bagi saya.

“Sememangny­a saya mahu mengekalka­n jumlah yang banyak,” tambah Williams, yang boleh memperbaik­i rekod apabila bertemu Yaroslava Shvedova dari Ka z a -

khstan untuk kelayakan ke suku akhir kejohanan.

“Dan apa lagi tempat yang lebih baik dari tempat di mana semuanya bermula,” kata Williams, yang memenangi kejuaraan Grand Slam yang pertamanya di sini pada 1999. Kejuaraan Grand Slam yang ke- 23, jika menang di sini, membolehka­n beliau memintas rekod Steffi Graff dalam era format Terbuka dan menghampir­i rekod sepanjang zaman, Margaret Court dengan 24 kejuaraan utama. Tetapi usaha jaguh tuan rumah itu diperlahan­kan oleh kecederaan bahu sejak kejuaraan Wimbledon. Kedudukan ranking nombor satu dunia beliau juga dalam bahaya dengan pilihan kedua kejohanan, Angelique Kerber dan pilihan keempat, Agnieszka Radwanska mempunyai peluang untuk merampas ranking dunia sebelum beliau mengatasi rekod Graf dengan berada 186 minggu berturut- turut sebagai pemain nombor satu dunia.

Pada perlawanan lain, Timea Babos dari Hungary, memberikan saingan yang kuat kepada pemain pilihan kelima, Simona Halep dari Romania, yang menang 6-1, 2-6 dan 6-4.

“Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bangkit semula,” kata Halep, yang ketinggala­n 1-3 pada set ketiga. “Saya bersaing dengan setiap bola pada sehingga ke akhir permainan.”

Dengan kemenangan itu, Halep akan menentang Carla Suarez Navarro dari Sepanyol untuk memburu satu tempat ke suku akhir.

Suarez meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-28 dengan kemenangan 6- 4 dan 6- 3 ke atas Elena Vesnina dari Rusia. Radwanska me

lang- kah ke pusingan keempat dengan kemenangan 6-2 dan 6-3 ke atas Caroline Garcia dari Perancis.

Pemain dari Poland itu akan bertemu Ana Konjuh dari Croatia untuk memburu satu tempat ke suku akhir.

Dalam bahagian lelaki, pilihan kelapan, Dominic Thiem dari Austria, juga meraikan ulang tahun kelahiran dengan kemenangan apabila menewaskan Pablo Carreno Busta dari Sepanyol 1-6, 6-4, 6-4 dan 7-5.

Jaguh Argentina, Juan Martin del Potro, juga meneruskan kemaraan tetapi kali pertama ke pusingan keempat di sini sejak 2012.

Del Potro, juara di sini pada 2009, menewaskan pilihan ke-11 dari Sepanyol, David Ferrer 7-6(7/3), 6-2 dan 6-3.

Juara Wimbledon, Andy Murray, juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan Paolo Lorenzi dari Itali 7-6(7/4), 5-7, 6-2 dan 6-3.

Di pusingan keempat, beliau akan bertemu Grigor Dimitrov dari Bulgaria, yang menewaskan Joao Sousa dari Portugal 6-4,61, 3-6 dan 6-2. —

Saya benar-benar teruja untuk mencipta kemenangan ke-307.

 ??  ??
 ??  ?? USTA Billie Jean King National Tennis Center Murray ( kiri) berjabat tangan dengan Lorenzi selepas tamat perlawanan Terbuka AS di USTA Billie Jean King National Tennis Center, New York Sabtu lepas. — Gambar AFP
USTA Billie Jean King National Tennis Center Murray ( kiri) berjabat tangan dengan Lorenzi selepas tamat perlawanan Terbuka AS di USTA Billie Jean King National Tennis Center, New York Sabtu lepas. — Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia