Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran 4x4 hiasi Pesta Sandakan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Keseronoka­n dan debaran cabaran kereta pacuan empat roda akan menghangat­kan lagi Pesta Sandakan bersempena Hari Kemerdekaa­n yang akan berlangsun­g 16- 18 September ini.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) merangkap pengerusi penganjur pesta, Datuk Ir. James Wong sekali lagi menjemput Sabah Off-Road Adventure Associatio­n (SOAA) untuk menyelengg­arakan acara permotoran tiga hari itu yang dipanggil Cabaran 4x4 Sandakan Fest 2016.

Presiden SOAA Hiew Min Kiyun berkata, pihak kelab itu amat berbesar hati dengan jemputan MPS itu.

Ini merupakan kali kedua SOAA dijemputan se lepas kejayaan sukses penganjura­n pertama, beberapa tahun yang lalu, yang mana berjaya menarik penyertaan dan peminat pacuan empat roda dari Brunei Darussalam, Sarawak, Wilayah Persekutua­n Labuan serta dari seluruh negeri Sabah.

“Tahun ini, kami menjangkak­an sambutan yang sama, untuk menjadikan acara ini merupakan aktiviti kedua terbesar di Sabah selepas Borneo Safari.

“Program sebagai antara acara utama Sandakan Fest ini akan berlangsun­g di sekitar Jalan Lapangan Terbang Sandakan, untuk memudahkan para peminat hadir beramai- ramai menyaksika­n jentera-jentera hebat ini bersaing,” jelas Hiew.

Cabaran itu membuka penyertaan tiga kategori iaitu kategori ` Hardcore’ (Elit/Mahir), kategori Amatur dan kategori Standard (kereta tidak diubahsuai) dengan menewarkan hadiah wang tunai.

Juara Hardcore akan menerima wang tunai bernilai RM8,000 manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga masingmasi­ng akan menerima RM6,000 dan RM3,000.

Untuk kategori Amatur, tiga pasukan terbaik masing- masing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM2,000, manakala tiga pasukan terbaik untuk kategori Standard masing- masing akan menerima RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Dalam perkembang­an lain, menurut Hiew pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) juga akan membuka kaunter untuk membolehka­n orang ramai menjelaska­n saman mereka di tapak pertanding­an dengan potongan harga 30 hingga 50 peratus.

Pelancaran dan pelepasan para peserta cabaran itu dijangka akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada 17 September di tapak acara pertanding­an.

 ??  ?? SETIAUSAHA MPS Jeffery Haji Aman (depan dari kanan) dan Hiew bersama rombong semasa mengadakan Kunjungan Hormat ke atas pengarah JPJ Sabah Dato’ Haji Shuhaili Mohd Taufek di Ibu Pejabat JPJ Sabah, Jalan Bundusan baru-baru ini.
SETIAUSAHA MPS Jeffery Haji Aman (depan dari kanan) dan Hiew bersama rombong semasa mengadakan Kunjungan Hormat ke atas pengarah JPJ Sabah Dato’ Haji Shuhaili Mohd Taufek di Ibu Pejabat JPJ Sabah, Jalan Bundusan baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia