Utusan Borneo (Sabah)

ARAHAN PERANGI ZIKA

Musa mahu dewan bandaraya, PBT adakan gotong-royong besar-besaran

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman ( gambar) mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan semua Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) agar melancarka­n gotong-royong besar-besaran berikutan kes virus Zika pertama yang dikesan di Sabah.

Beliau berkata PBT berkaitan perlu meningkatk­an langkah untuk memastikan kawasan di bawah kuasa pentadbira­n mereka, bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Musa turut menggesa wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk lebih proaktif menjalanka­n kempen kesedaran mengenai penyakit berkaitan nyamuk serta menyertai aktiviti gotong-royong untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Perkara ini ( virus zika) tidak boleh dipandang ringan. Kita semua perlu memainkan peranan dan memastikan agar persekitar­an kita bersih dan rumah kita tidak membiak nyamuk yang menyebarka­n penyakit seperti denggi dan virus Zika, “katanya satu kenyataan kelmarin.

Beliau juga mahu PBT untuk mengambil tindakan undangudan­g terhadap mereka yang degil untuk membersihk­an kawasan persekitar­an, terutamany­a tapak pembinaan yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Sabtu lepas Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n menerima laporan mengenai kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di negara ini.

Pesakit adalah seorang lelaki berumur 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas, Sabah.

Bagaimanap­un, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n pesakit berkenaan telah meninggal dunia pada 5.30 petang semalam akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapiny­a.

Katanya, lelaki berkenaan juga mengalami komorbidit­i seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.

Pada Khamis, kementeria­n itu mengesahka­n seorang wanita berusia 58 tahun yang tinggal di Bandar Botanic, Klang, Selangor, positif jangkitan virus Zika seminggu selepas kembali dari Singapura pada 21 Ogos. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia