Utusan Borneo (Sabah)

Polis serbu sarang pendatang asing

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 10 kanak- kanak warga Filipina berumur dalam lingkungan 1 hingga 5 tahun antara 25 rakyat asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata operasi berkenaan dijalankan bermula jam 1 hingga 7.20 pagi kelmarin.

Katanya lima lokasi sekitar bandaraya menjadi tumpuan operasi termasukla­h kawasan tapak pembinaan di Batu 2 1/2, tapak pembinaan sebelah jejambat Kolombong, rumah sewa Kolombong, rumah sewa Kampung Air, rumah sewa Bandaran, dan rumah setinggan bersebelah­an Bulatan Nanas.

Beliau berkata selain kanakkanak, enam lagi warga Filipina turut ditahan dan tujuh orang yang lain adalah warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 50 tahun.

Pihaknya turut menahan dua lelaki atas kesalahan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Seramai 53 individu diperiksa sepanjang operasi ini melibatkan 27 warga Filipina, 10 Indonesia dan 16 warga China.

“Semua yang ditahan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu selepas didokument­asi di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Kinabalu,” katanya di sini kelmarin.

Chandra berkata tumpuan lokasi operasi adalah untuk mencegah kegiatan jenayah di kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah dan pengedaran dadah di kawasan Kota Kinabalu.

Selain itu jelasnya operasi perobohan rumah akan dilaksanak­an oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK) dalam tempoh terdekat.

Menurutnya perobohan berkenaan melibatkan rumah-rumah yang ditanda dan beberapa punca bekalan elektrik juga diputuskan oleh Sabah Electricit­y Sdn bhd ( SESB) di kawasan berkenaan.

Katanya seramai empat pegawai polis bersama 12 anggota terlibat dengan operasi kali ini.

Turut terlibat beberapa pegawai dari Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia (SPDRM), Jabatan Pendafaran Negara (JPN), DBKK, SESB, Task Force, dan Jabatan Imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia