Utusan Borneo (Sabah)

Sukan seni mempertaha­nkan diri makin popular di Sabah

-

KOTAKINABA­LU: Sukan jenis gabungan seni mempertaha­nkan diri (kickboxing (K1) & boxing) semakin popular dan menjadi pilihan golongan muda di Sabah, kata Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim.

Katanya, banyak kejohanan telah dianjurkan oleh pelbagai kelab bagi mengetenga­hkan bakat-bakat tempatan negeri ini, termasuk berjaya menarik penyertaan daripada peserta luar negara.

“Saya melihat sukan jenis K1 & Boxing merupakan platform terbaik bagi menyatukan golongan muda pelbagai kaum di negeri ini.

“Semangat kesukanan, persefaham­an dan perpaduan dapat dipupuk dikalangan peserta dan pasukan yang mengambil bahagian kerana ia merupakan sukan lasak yang dapat mencungkil bakat tempatan untuk diketengah­kan ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan STAND Amateur K1 & Boxing di Taman Awam Tanjung Lipat, Likas di sini, hari ini.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Karabaw Martial Arts & Fitness Centre disertai kira-kira 100 peserta termasuk dari India, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Mohd.Bahrin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, kelas itu menganjurk­an kejohanan berkenaan dengan dana sendiri yang amat terhad.

Katanya, kejohanan sukan itu yang merupakan aktiviti berfaedah untuk golongan muda seharusnya mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak kerajaan khususnya Kementeria­n Belia dan Sukan Persekutua­n dan juga negeri.

Katanya, kejohanan yang dianjurkan oleh kelab-kelab persendiri­an telah berjaya mengetenga­hkan bakat-bakat baru di negeri ini yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Mohd. Bahrin berkata, miskipun sukan jenis gabungan seni mempertaha­nkan diri masih baru di Malaysia terutama di Sabah, ia berjaya berkembang dengan pentas dan semakin digemari oleh golongan muda.

“Saya akan membawa cadangan mengadakan kejohanan K1 & Boxing akan datang kepada Menteri Belia dan Sukan Persekutua­n, Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan agar kerajaan dapat memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya terhadap penganjura­n kejohanan berkenaan di masa akan datang,” tegasnya.

Beliau memuji usaha dan inisiatif Karabaw menganjurk­an kejohanan kali ini yang telah berjaya menarik penyertaan peserta dari luar negara.

Sementara itu, pemilik Team Karabaw Encik Rayner Kinsiong berkata, kekurangan dana dan sokongan daripada pihak berwajib menjadi kekangan kepada pihaknya untuk menganjurk­an kejohanan yang lebih besar.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD. Bahrin (bertopi) menerima cenderamat­a berupa baju kemeja STAND daripada Rayner Kinsiong sambil diperhatik­an oleh pengurus pasukan dan peserta kejohanan.
MOHD. Bahrin (bertopi) menerima cenderamat­a berupa baju kemeja STAND daripada Rayner Kinsiong sambil diperhatik­an oleh pengurus pasukan dan peserta kejohanan.
 ??  ?? MOHD. Bahrin ( bertopi) bersalam dengan peserta kejohanan di majlis itu.
MOHD. Bahrin ( bertopi) bersalam dengan peserta kejohanan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia