Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mendengar suara generasi muda: Salleh

-

SIPITANG: Kerajaan tidak pernah menghalang pandangan serta suara rakyat khususnya generasi muda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata golongan itu bagaimanap­un perlu menyuaraka­n pandangan dengan cara yang betul dan melalui forum yang sah.

“Generasi muda perlu memiliki keupayaan menapis tujuan kempen yang dianjurkan pihak tertentu supaya tidak merosakkan masa depan.

“Kini terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab menanam kebencian terhadap pemerintah serta menggunaka­n sentimen kaum dan agama sehingga menimbulka­n kegusaran dan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Pihak tersebut memperguna­kan golongan muda terutama para pelajar dan menjadikan jalan raya sebagai tempat melepaskan suara hati,” katanya.

Dalam pada itu, Salleh turut mengingatk­an masyarakat agar memiliki pengetahua­n supaya dapat menilai dan menyaring kebenaran sesuatu isu viral dalam media sosial.

Tambah beliau, perpecahan dan pemikiran yang masih dijajah anasir luar hanya akan merencatka­n agenda pembanguna­n negara.

“Sudah tentu banyak lagi perancanga­n pembanguna­n akan dibawa oleh para pemimpin di sini, tetapi apa yang penting ialah rakyat mesti memberi kerjasama sepenuhnya.

“Kalaupun ada perbezaan antara kita, itu perkara biasa dalam mana- mana organisasi, namun kita masih boleh bersatu dalam banyak persamaan sekurang-kurangnya dalam empat perkara.

“Pertama, kita ingin melihat negara kita aman dan stabil; kedua, menentukan kerajaan kuat untuk membangun negeri dan negara;

ketiga, pembanguna­n yang dibawa ada kaitan dengan ekonomi dan peluang pekerjaan dan terakhir, kerajaan dapat menentukan kestabilan kaum dan kerjasama rapat antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n bagi membolehka­n pembanguna­n berterusan dapat dilaksanak­an,” jelasnya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Semarak Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri di sini, malam kelmarin. Turu t hadir Exco Penerangan Negeri yang juga Ahli Parlimen, Datuk Sapawi Ahmad; Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi, Adun Sidumin, Datuk Ahmad Bujang dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Datuk Almain Ajirul. Dalam perkembang­an berkaitan, Salleh turut mengumumka­n KKMM akan membangunk­an prasarana jalur lebar bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan pedalaman. Beliau juga telah mengarahka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk turun padang dan berbincang dengan para pemimpin setempat untuk meneliti dan merancang keperluan tersebut.

Jelasnya, apa jua kekangan akan diselesaik­an KKMM demi mewujudkan era dunia tanpa sempadan, selaras dengan sasaran 95 peratus kawasan di negara ini ditembusi jalur lebar menjelang tahun 2020.

Katanya, kemudahan tersebut mampu memberi manfaat kepada rakyat dalam menjana ekonomi, peluang pekerjaan, mengeratka­n hubungan keluarga dan masyarakat serta meluaskan jaringan hubungan dengan dunia luar.

 ??  ??
 ??  ?? SALLEH bersama Sapawi (tengah) dan Ahmad (kiri) menaiki kereta berhias menuju ke Pentas Utama di Esplanade Sipitang.
SALLEH bersama Sapawi (tengah) dan Ahmad (kiri) menaiki kereta berhias menuju ke Pentas Utama di Esplanade Sipitang.
 ??  ?? SALLEH ketika menulis namanya dalam buku lawatan di Gerai Komuniti 1Malaysia.
SALLEH ketika menulis namanya dalam buku lawatan di Gerai Komuniti 1Malaysia.
 ??  ?? KETUA konvoi menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Salleh dan bendera Negeri Sabah kepada Sapawi (tiga dari kanan).
KETUA konvoi menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Salleh dan bendera Negeri Sabah kepada Sapawi (tiga dari kanan).
 ??  ?? SALLEH menurunkan tandatanga­n pada kain rentang Sehati Sejiwa di gerai K1M.
SALLEH menurunkan tandatanga­n pada kain rentang Sehati Sejiwa di gerai K1M.
 ??  ?? KONVOI Motosikal Kembara Jalur Gemilang mula memasuki ruang utama pentas.
KONVOI Motosikal Kembara Jalur Gemilang mula memasuki ruang utama pentas.
 ??  ?? SAPAWI (empat dari kiri) ketika mengatakan sesuatu dengan Salleh (empat dari kanan).
SAPAWI (empat dari kiri) ketika mengatakan sesuatu dengan Salleh (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia