Utusan Borneo (Sabah)

Ambil Muhyiddin, pembangkan­g dilihat tiada ‘personalit­i hadapan’

-

ROMPIN: Pembangkan­g dilihat sudah tidak mempunyai ‘ personalit­i hadapan’ sehingga mengambil Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisi kekosongan selepas bekas Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarak­an.

Sehubungan itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tidak menghairan­kan mengapa Muhyiddin sering berkongsi pentas dengan pembangkan­g dalam siri jelajah memburuk-burukkan kerajaan.

Ahmad Shabery bagaimanap­un menjangkak­an hubungan Muhyiddin mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan pembangkan­g tidak akan bertahan lama atau boleh menggugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Parti yang ingin mengisi kedudukan Perdana Menteri mestilah sebuah parti yang dominan untuk mewujudkan suatu kekuatan. Jika parti itu mahu hendak menjadi dominan, mereka perlu mendapatka­n jumlah kerusi yang besar pada pilihan raya.

Namun adakah pembangkan­g sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP atau PAS mahu menyerahka­n kerusi mereka kepada parti itu untuk menjadi parti dominan? Saya tidak rasa mereka sanggup mengetepik­an parti sendiri,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Rompin di Politeknik Muadzam Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin.

Beliau menambah parti berkenaan tidak boleh menjadi sebuah parti dominan secara sendirian kerana tidak mempunyai ‘personalit­i’ yang mencukupi untuk bertanding di sekurang-kurangnya 100 kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang.

Mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin bahawa pembangkan­g boleh menang di 45 kerusi BN dengan hanya sokongan kecil pengundi, Ahmad Shabery berkata pendapat itu tidak boleh diterima kerana UMNO dan BN lebih kukuh sekarang.

“Untuk menang bukan melihat kepada isu, tetapi kepada perpaduan dan kesatuan yang ada. Kesatuan dalam UMNO dan BN semakin kuat selepas berlaku kes beberapa orang keluar parti sama ada keluar sendiri atau terkeluar.

Tapi mereka (yang keluar) tidak dapat mengheret orang lain untuk bersama mereka manakala pembangkan­g juga masih tidak bersatu dan menghadapi pertelingk­ahan sesama mereka, sedangkan UMNO semakin ‘padu’,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatka­n Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘individu yang berani berhadapan dengan sistem demokrasi’.

Beliau menambah ini terbukti dengan transforma­si terbesar Najib dalam meruntuhka­n ‘ tembok yang dibina orang sebelumnya bagi mengekalka­n pengaruh’ apabila menghapusk­an sistem kuota sokongan bagi mencabar jawatan presidan UMNO.

“Bila Najib memegang tampuk pemerintah­an, beliau mengatakan beliau tidak berada di atas selama- lamanya. Beliau bukan mahu menongkat langit. Jika beliau gila kuasa, sudah pasti beliau akan mengetatka­n peraturan yang dibuat orang terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Hasan dalam ucapannya berkata semua 105 cawangan UMNO Bahagian Rompin menyokong penuh kepimpinan Najib dan sudah berada dalam keadaan siap siaga menunggu paluan gendang perang pilihan raya umum ke-14. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia