Utusan Borneo (Sabah)

Mugabe bergurau ‘hidup semula’ selepas dikatakan sudah mati

-

HARARE: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe telah bergurau kelmarin bahawa beliau telah dihidupkan semula ketika beliau kembali dari satu lawatan ke luar negara, mempersend­akan khabar angin bahawa beliau telah meninggal dunia atau sedang sakit tenat.

“Ya, saya telah meninggal dunia, memang benar saya telah meninggal dunia.

“Tetapi saya telah dihidupkan semula seperti selalu sebaik sahaja saya kembali ke negara saya. Saya telah hidup semula,” pemerintah berusia 92 tahun memberitah­u wartawan di lapangan terbang antarabang­sa Harare selepas tiba dari Dubai.

Komen beliau muncul selepas sebuah laman sesawang berita melaporkan beliau telah meninggal dunia ketika dalam penerbanga­n semasa kunjungann­ya ke Dubai.

Kesihatan Mugabe semakin menarik perhatian sejak beberapa tahun ini, terutama selepas beliau terjatuh dari tangga selepas berucap kepada para penyokong pada tahun lepas.

Beliau telah menafikan laporan bagi masalah kesihatan dan berjanji akan bertanding untuk pilihan raya semula pada 2018, namun beberapa minggu ini telah menyaksika­n peningka- tan tunjuk perasaan menentang pemerintah­annya yang bermula sejak kemerdekaa­n Zimbabwe pada 1980.

Pihak polis Zimbabwe telah mengumumka­n pada Khamis lepas satu peng- haraman selam dua minggu terhadap bantahan di ibu negara Harare, selepas satu rangkaian tunjuk perasaan kejam sejak beberapa minggu menyeru kepada Mugabe agar meletakkan jawatan.

Dalam satu ucapan pada lewat kelmarin Mugabe menyatakan kerajaanny­a tidak akan membenarka­n tunjuk perasaan kejam oleh parti politik pembangkan­g terhadap pemerintah­annya. “Kami tidak boleh membenarka­n mereka meneruskan tunjuk perasaan ganas tanpa dihalang. Tidak, itu sudah cukup,” Mugabe berkata dalam satu ucapan selama sejam kepada kumpulan belia bagi parti pemerintah­nya ZANU-PF.

“Anda menyedari partiparti pembangkan­g berada dalam keadaan yang tidak stabil, bertujuan membuatkan negara kita tiada kerajaan.

“Mereka telah melakukan agenda pentingkan diri mereka yang menyasarka­n pemecatan secara tidak demokratik bagi sebuah kerajaan yang dilantik dari jawatannya,” tambah beliau.

Mugabe turut menuduh Barat membantu membiayai pihak pembangkan­g.

“Musuh kami menggunaka­n wang dan parti pembangkan­g bagi memprovoka­si ketidaksta­bilan dalaman dan konflik,” jelas beliau.

Zimbabwe telah mengalami satu krisis ekonomi sejak awal abad, dengan 90 peratus dari populasi tidak mempunyai pekerjaan secara rasmi.

Kerajaan yang kekurangan wang ini lambat membayar gaji pekerja sektor awam sementara beberapa bank mulai kekurangan wang tunai. —

 ?? — Gambar Reuters ?? MUGABE menjawab soalan wartawan sebaik tiba di lapangan terbang utama di Harare, kelmarin.
— Gambar Reuters MUGABE menjawab soalan wartawan sebaik tiba di lapangan terbang utama di Harare, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia