Utusan Borneo (Sabah)

Amaran dikena tindakan disiplin

Terhadap ahli Umno yang hadir dalam program pembangkan­g

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli-ahli Umno Penampang yang hadir dalam program dianjurkan pihak pembangkan­g.

Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil pendekatan sama agar kesemua ahli BN mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

“Kita tidak mahu adanya ‘gunting dalam lipatan’ dan sekiranya terdapat ahli kita yang sedemikian, tindakan disiplin akan diambil untuk itu,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Penampang 2016 di sini kelmarin.

Mesyuarat dirasmikan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

John berkata berkata sokongan padu perlu diberikan kepa- da Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana sudah banyak peruntukan disalurkan untuk pembanguna­n di kawsan Penampang.

“Baru- baru ini saya juga telah meminta peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk pembanguna­n gereja di sini dan RM2 juta untuk kegunaan masjid dan surau sekitar Penampang,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, hampir RM50 juta sudah disalurkan untuk pembanguna­n kemudahan asas di Penampang termasuk rumah-rumah ibadat.

Oleh itu, John menyeru agar Umno dan BN Penampang untuk terus menyokong kuat terhadap pemimpin tertinggi negara.

Hadir sama dalam Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang Noraini Idris, Pengerusi BN Penampang, Datuk Donold Peter Mojuntin, Ketua MCA Penampang Datuk Francis Goh, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Hjh Maimunah Suhaibul serta pemimpin yang lain.

 ??  ?? MAHDZIR memalu gong sambil disaksikan oleh John (empat kanan), Noraini (dua kanan), Donald (tiga kiri) serta tetamu kehormat yang lain.
MAHDZIR memalu gong sambil disaksikan oleh John (empat kanan), Noraini (dua kanan), Donald (tiga kiri) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia