Utusan Borneo (Sabah)

Dalami sejarah, warisan negara untuk pupuk semangat patriotism­e

-

MELAKA: Rakyat, terutama generasi muda seharusnya memahami serta mendalami sejarah dan warisan negara ini bagi memupuk semangat patriotism­e yang tinggi dalam kalangan mereka.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sehubungan itu generasi muda perlu diberi kesedaran melalui pelbagai program tentang kepentinga­n memahami sejarah dan warisan negara.

“Kesedaran kepada generasi muda tentang sejarah dan warisan serta erti kemerdekaa­n ( perlu dipupuk) kerana kelangsung­an kemerdekaa­n sesebuah negara bergantung kepada generasi muda yang mempunyai semangat patriotism­e yang tinggi,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Terdahulu beliau merasmikan pelancaran program Menjejaki Warisan di Galeri Warisan Kota Melaka, Banda Hilir di sini yang disertai 130 pelajar dari sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Beliau berkata program Menjejaki Warisan itu merupakan contoh terbaik program memupuk kesedaran cintakan sejarah dan warisan negara kepada generasi muda selain mengenali dengan lebih dekat sejarah perjuangan kemerdekaa­n negara melalui kesan peninggala­n arkeologi dan warisan.

Mas Ermieyati berkata program kali ke- 8 itu, bertujuan memberi peluang dan ruang kepada peserta merasai sendiri pengalaman berharga melalui demonstras­i dan tugasan dalam mengenali, menghayati dan mencintai sejarah serta warisan negara.

“Peserta akan diberi tugasan menerusi lapan ‘check point’ yang disediakan antaranya di Muzium Samudera, Muzium Kesultanan Melaka dan Forta De Santiago serta Stadhuys,” katanya.

Sementara itu,seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Canossa Convent di sini Rozidawati Mohd, 45, berkata sembilan pelajar dari sekolah itu yang terdiri daripada pelbagai kaum turut terlibat dalam program tersebut.

“Pendedahan dan pengalaman baharu amat berguna kepada pelajar mengenali warisan dan sejarah Melaka selain menerapkan segala pengalaman, kemahiran dan pengetahua­n yang diperoleh ketika berada di dalam kelas.

“Program yang bermanfaat ini diharap dapat mencermink­an persefaham­an dan perpaduan antara kaum, diharap mereka akan mendapat sesuatu manfaat hari ini,” katanya.

Seorang peserta Gan Yee Hui, 16, dari SMK Cannosa Convent di sini berkata melalui program ini beliau dapat mengenali sejarah Melaka dengan lebih dekat di samping berkongsi minat sama dengan peserta lain.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia