Utusan Borneo (Sabah)

AJK PAS ziarah pesakit di Hospital Labuan

-

LABUAN: Ahli Jawatankua­sa PAS Labuan telah mengadakan program ziarah ke Hospital Labuan pada 31 Ogos lalu untuk mengongsik­an rasa kemerdekaa­n kepada pesakit dan juga kakitangan hospital yang bertugas pada waktu cuti umum.

Yang Dipertua PAS Labuan Haji Hamir Zahari berkata, dalam ziarah itu, mereka telah menyerahka­n sumbangan kepada pesakit seperti buah-buahan dan buku doa untuk menyembuhk­an penyakit.

“Kami telah bertemu dengan pesakit jantung berusia 10 tahun dan seorang bayi yang kini sedang menunggu giliran untuk membuat pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) serta pesakit barah tahap empat.

“Tidak kurang juga pesakit yang sedang koma dan baharu bangkit atau tersedar dari koma. Sesungguhn­ya ziarah ini benar-benar menginsafk­an bagi semua yang hadir,” katanya.

Ziarah yang bermula pada jam 2 petang disertai oleh beberapa barisan kepimpinan tertinggi PAS Labuan termasuk ahli jawatankua­sa Dewan Muslimat dan ahli lajnah kebajikan dan kemasyarak­atan PAS Labuan.

Menurut Haji Hamir, ketibaan rombongan PAS Labuan telah diterima baik oleh kakitangan hospital yang bertugas, di mana ketua urusan ulama harian PAS Labuan, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Junid Mohd Aling yang juga seorang perawat Darussyifa’ Labuan telah diminta untuk membacakan doa kepada seorang pesakit yang sedang nazak.

Beliau berkata, misi ziarah yang dianjurkan oleh lajnah kebajikan dan kemasyarak­atan PAS Labuan itu merupakan kesinambun­gan ziarah yang diadakan pada bulan Ramadan lalu.

Haji Hamir tidak lupa mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak hospital atas kerjasama yang diberikan.

Manakala bagi pihak hospital yang diwakili oleh Matron Norhynee turut merakamkan rasa gembira atas ziarah tersebut.

Ziarah tersebut ditutup dengan pemberian buah tangan kepada kakitangan hospital yang bertugas dan juga sesi fotografi untuk kenangan.

 ??  ?? AJK PAS Labuan menyampaik­an buah tangan kepada kakitangan Hospital Labuan yang bertugas pada 31 Ogos lalu.
AJK PAS Labuan menyampaik­an buah tangan kepada kakitangan Hospital Labuan yang bertugas pada 31 Ogos lalu.
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa PAS Labuan yang diketuai oleh Haji Hamir (dua kanan) bertemu dengan wakil Hospital Labuan sebelum menziarahi pesakit.
AHLI Jawatankua­sa PAS Labuan yang diketuai oleh Haji Hamir (dua kanan) bertemu dengan wakil Hospital Labuan sebelum menziarahi pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia