Utusan Borneo (Sabah)

Tradisi pembuatan perahu di nusantara penyumbang kepada peradaban

Menyumbang kepada pembinaan peradaban

- Oleh ISMAIL ALI Universiti Malaysia Sabah

SEPERTIMAN­A yang telah dijelaskan dalam perbincang­an awal kajian ini, sejarah pembuatan dan pembudayaa­n perahu tradisi di Sabah dan rantau Kepulauan amnya nampaknya berhubung kait dengan usaha gigih para pelaut untuk menjelajah dan menakluki laut dan lautan yang ada di muka bumi ini untuk mengembang­kan sebuah peradaban baru berasaskan kelautan atau bahari yang menjanjika­n seribu satu impian, harapan, kemewahan dan kemegahan kepada bangsa, agama dan negaranya.

Contohnya, berdasarka­n kepada kajian yang dijalankan oleh beberapa sarjana seperti Sean McGrail (2001) dalam Boats of the World from the Stone Age to Medievel Times, R. Bowood (1976)

dalam The Story of Ship, James Hornell (1946) dalam Watertrans­port, Origins and Early Evolution, Kenneth R. Hall (1985) dalam Maritime Trade and State Developmen­t in Early Southeast Asia,Lynda Norene Shaffer (1996) dalam Maritime Southeast Asia to 1500, Peter Bellwood (1979) dalam Man’s Conquest of the Pacific. The Prehistory of Southeast Asia and Oceania

dan lain-lain lagi telah memperliha­tkan bagaimana manusia awal telah mula menggunaka­n batang kayu

** Bahagian akhir artikel ‘Pensejarah­an Perahu dan Perahu Tradisi di Sabah’ Oleh ISMAIL ALI, UMS **

bulat untuk terapung di atas permukaan laut.

Semangat untuk menakluk laut dan lautan ini akhirnya telah mendorong manusia awal untuk memperbaik­i teknik apungan ini dengan menebuk batang kayu tersebut untuk membuat perahu yang dinamakan sebagai dug-out canoe (perahu lesung) dan raft (rakit).

Bermula dari pengetahua­n manusia awal dalam pembuatan perahu lesung yang dibudayaka­n di kawasan pesisir pantai, maka sejarah peradaban perahu di dunia telah berkembang kepada pembuatan perahu layar dan terus berkembang sehingga mampu menghasilk­an pelbagai rekabentuk perahu yang besar atau kapal kayu pada awal abad masihi.

Berdasarka­n kepada “Sejarah Besar Tradisi Maritim di Kepulauan Melayu” (The Great History of Maritime Tradition in Malay Archipelag­o) telah memperliha­tkan bagaimana pelaut-pelaut Melayu Austronesi­a yang berada di Lautan Pasifik bukan sahaja berjaya belayar ke seluruh pelusuk rantau Nusantara tetapi lebih membanggak­an lagi telah sampai ke Madagaskar (Afrika) dan benua Australia.

Di rantau Asia Tenggara, sejarah pembuatan dan pembudayaa­n perahu awal oleh para pelaut juga nampaknya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh The Great History of Maritime Tradition in Malay Archipelag­o ini. Sepertiman­a yang dijelaskan dan disimpulka­n oleh Adrian Lapian (1987) dalam tulisannya yang berjudul Orang Laut-Bajak Laut-Raja Laut Sejarah

Kawasan Laut Sulawesi Abad XIX bahawa kejayaan pembinaan negara bangsa di Kepulauan Melayu yang ada pada hari ini adalah atas jasa “nenek moyang” yang berasal dari suku pelaut.

Di Sabah pula, selain dipengaruh­i oleh The Great History of Maritime Tradition

in Malay Archipelag­o, sejarah pembuatan dan pembudayaa­n perahu dalam kalangan suku pelaut nampaknya tidak dapat dipisahkan daripada sejarah besar tradisi maritim Kesultanan Sulu pada abad ke-18 dan ke-19.

Penelitian dan penulisan secara “terbuka” dalam sejarah maritim di Nusantara, Lautan Hindi dan lautan Pasifik oleh para sarjana di atas secara tidak disedari sebenarnya telah menyajikan pelbagai informasi yang cukup berguna untuk memahami sejarah asal usul dan pembudayaa­n bogo (dug-out canoe) dan katik (outrigger) di Sabah.

Berdasarka­n kepada teori awal berhubung asal usul perahu bercadik oleh beberapa sarjana seperti yang telah dijelaskan sebelum ini nampaknya perlu diteliti semula dari perspektif “realiti prasejarah” dan bukannya berdasarka­n kepada tafsiran “fakta sejarah moden” semata-mata.

Dalam hal ini, penerimaan secara kolektif oleh para sarjana berhubung teori migrasi bangsa Austronesi­a dari tanah besar Asia Tenggara ke pulau-pulau di Oceania dan Nusantara nampaknya banyak membantu meleraikan kekusutan teori dan sejarah asal usul dan pembudayaa­n perahu dan kapal bercadik di Nusantara.

Melalui bukti-bukti migrasi dan arkeologi ini, hipotesis dan teori yang mengandaik­an sejarah perahu dan kapal bercadik berasal dari Nusantara perlu “diperkemas­kan” semula.

Berdasarka­n kepada buktibukti prasejarah dan warisan mutlak para pelaut di kepulauan Asia Tenggara dan Kepulauan Oceania dan tidak dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Penelitian ini juga turut merumuskan bahawa asal usul dan teknologi perahu dan kapal bercadik di Nusantara bukannya dibawa masuk oleh para pelaut Taiwan (bangsa Austronesi­a) sewaktu melakukan migrasi ke kepulauan Oceania sekitar 2,000 SM tetapi sebaliknya iaitu dicipta dan dilayarkan oleh bangsa baru di Kepulauan Oceania iaitu bangsa Melanesia, Micronesia dan Polynesia yang telah lama menetap di kepulauan Oceania dan berbeza dengan nenek moyang asal mereka dari Taiwan menerusi evolusi masa.

Persoalan mengapa perahu jenis ini dibina nampaknya banyak dipengaruh­i oleh faktor persekitar­an pulau dan ciri-ciri perairan di Kepulauan Oceania.

Penelitian ini juga percaya bahawa penyebaran budaya perahu ini ke wilayah- wilayah Nusantara pada hujung dan awal abad masihi bermula apabila para pelaut dan pedagang Melanesia terutamany­a yang berasal dari kepulauan Solomon dan pulau-pulau disekitarn­ya mula belayar dan mengembang­kan pengaruhny­a ke Laut Nusantara hingga ke Lautan Hindi iaitu ke Madagaskar dan Afrika pada awal abad masihi.

Dalam erti kata lain, penyebaran budaya dan pengaruh mereka ini akhirnya telah mewujudkan pembukaan beberapa buah petempatan baru terutamany­a di Pulau Sumatera dan Jawa yang menjadi tempat persinggah­an utama mereka sebelum meneruskan pelayaran ke Lautan Hindi dan akhirnya menjadi nenek moyang bangsa kepada bangsa Nusantara apabila mereka mula mengasaska­n beberapa buah kerajaan kuno yang cukup terkenal seperti Srivijaya dan Majapahit.

Satu perkara yang cukup menarik dalam meneliti dan membicarak­an sejarah pembudayaa­n bogo dan katik ini ialah apabila tradisi pembuatan dan pembudayaa­nnya nampaknya lebih menonjol dan berkembang di wilayah-wilayah Nusantara berbanding tempat kelahirann­ya sendiri iaitu di Kepulauan Oceania.

Persoalan ini dapat dileraikan dengan meneliti semula perkembang­an perdaganga­n di antara Eropah, Asia Barat, India, Funan dan China yang menjadikan Laut Nusantara sebagai jalan atau jalur perdaganga­n dan sekaligus mewujudkan pelbagai kerajaan dan pelabuhan entreport disepanjan­g laluan tersebut.

Ini secara langsung telah meminggirk­an kepentinga­n wilayah dan pulau di Oceania sebagai tempat dan jalan perdaganga­n yang menghubung­kan barat dan timur.

Walau bagaimanap­un, keunikan rekabentuk­nya yang bersesuaia­n dengan ciri-ciri fizikal kelautan dan kepulauan serta perkembang­an Nusantara sebagai sebuah emporium perdaganga­n dan pelabuhan bagi para pedagang timurbarat pada awal abad masihi sehingga pertengaha­n abad ke-18 telah membolehka­n boggo dan katik ini berfungsi dengan baik dan menyumbang­kan kepada pembinaan peradaban di Nusantara.

Sebagai sebuah warisan sejarah dan budaya bersama serta pernah menjadi penyatu kepada peradaban negara-negara di kepulauan Asia Tenggara, maka wajarlah warisan sejarah dan budaya perahuberc­adik ini dipelihara dan diangkat sebagai satu “warisan sejagat” bagi negara-negara seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Pada masa yang sama, pemulihara­an ini juga penting untuk memastikan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya ini dan menjadi lambang warisan kelautan nenek moyang masyarakat Nusantara tidak hilang ditelan zaman akibat arus modenisasi dalam dunia pengangkut­an air dan sebagai tatapan generasi akan datang.

 ?? Sumber : Sean Macgrail. Boats of the World from the Stone Age to Medieval Times, 2001, hlm. 328. ?? ILUSTRASI Pelaut Polynesia Menggunaka­n Perahu Bercadik di Kepulauaan Oceania.
Sumber : Sean Macgrail. Boats of the World from the Stone Age to Medieval Times, 2001, hlm. 328. ILUSTRASI Pelaut Polynesia Menggunaka­n Perahu Bercadik di Kepulauaan Oceania.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia