Utusan Borneo (Sabah)

312 terima pentauliah­an sempena Perkhemaha­n Perdana TKRS dan KRS

-

SERAMAI 312 orang menerima pentauliah­an Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) pada Perkhemaha­n Perdana TKRS dan KRS (Ujian Kenaikan Pangkat) peringkat daerah Sandakan yang diadakan di SMK Merpati Sandakan pada 26 hingga 28 Ogos lalu.

Jumlah itu sekaligus mencatatka­n rekod tertinggi dalam sejarah KRS di Sabah yang menerima pentauliah­an berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 24 orang menerima pentauliah­an Pegawai Waran II, Sarjan KRS (54 orang), Koperal KRS (144 orang), Sarjan TKRS (22 orang) dan Koperal TKRS (70 orang).

Peserta perkhemaha­n adalah terdiri daripada 17 sekolah menengah dan 19 sekolah rendah sekitar daerah Sandakan.

Objektif perkhemaha­n ini adalah bagi melahirkan anggota kadet yang berdisipli­n dan bersemanga­t juang untuk memastikan kecemerlan­gan dalam bidang kurikulum; memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli KRS tentang aspek perkhemaha­n secara menyeluruh; dan meningkatk­an kemahiran kadet dengan beberapa penilaian dan ujian agar dapat penganuger­ahan pangkat.

Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sh. Mahada Sh. Attar dalam ucapan perasmian penutup perkhemaha­n itu, mengucapka­n tahniah kepada pengelola dan sekretaria­t KRS kerana mengadakan program yang menggabung­kan Kadet Tunas (sekolah rendah) dan Kadet KRS (sekolah menengah).

Beliau berkata perkhemaha­n ini dapat membentuk jatidiri pelajar dalam menempuh arus perdana pendidikan.

“Ia juga dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PT3 dan SPM... seterusnya dapat meningkatk­an GPS sekolah di daerah Sandakan.

“Tahniah kepada pelajarpel­ajar yang ditauliahk­an pangkat koperal dan sarjan TKRS sekolah rendah serta sarjan dan pegawai waran bagi KRS sekolah menengah,” katanya.

Sepanjang perkhemaha­n itu turut diadakan pertanding­an kawad yang mana bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Agama Tun Juhar, naib johan SMK Merpati, dan tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh SMJK Tiong Hua dan SMK Sandakan.

Bagi kategori sekolah rendah, johan disandang oleh SK Karamuntin­g, naib johan SK Sungai Madang, dan tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh SK Batu 16 Gum-Gum dan SK Lung Manis.

Bagi Ketua Platun Terbaik disandang oleh PWII Mohammad Ekram Hassan (Putera KRS), PWII Nur Khu Saini Brain (Puteri KRS) dan Sarjan Mohd Danis Danial Mokhtar (Putera TKRS).

Sementara peserta terbaik disandang oleh PWII Suraya Suhylie.

 ??  ?? MAHADA ketika berucap merasmikan penutupan perkhemaha­n itu. Turut kelihatan pengelola perkhemaha­n Haji Sani Sahwi (kanan).
MAHADA ketika berucap merasmikan penutupan perkhemaha­n itu. Turut kelihatan pengelola perkhemaha­n Haji Sani Sahwi (kanan).
 ??  ?? MAHADA bersama dengan warga pengelola dan sekretaria­t serta para peserta Perkhemaha­n Perdana KRS dan TKRS.
MAHADA bersama dengan warga pengelola dan sekretaria­t serta para peserta Perkhemaha­n Perdana KRS dan TKRS.
 ??  ?? MAHADA menyampaik­an pentauliah­an kepada KRS dan TKRS.
MAHADA menyampaik­an pentauliah­an kepada KRS dan TKRS.
 ??  ?? MAHADA melakukan pemeriksaa­n kawad kadet.
MAHADA melakukan pemeriksaa­n kawad kadet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia