Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Semarak Merdeka bangkitkan semangat patriotik

-

SANDAKAN: Pas Libaran buat julung kalinya telah menganjurk­an Konvoi Semarak Merdeka pada 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

Bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat Pas Libaran di Batu 7, konvoi motosikal dan kereta itu telah menjelajah ke beberapa kawasan di sekitar Parlimen Libaran seperti Taman Sejati, Taman Merpati, Taman Rajawali, Taman Rimba serta sekitar Batu 8.

Disamping berkonvoi, program kali ini juga diselitkan dengan aktiviti mengedar risalah penerangan kepada orang awam di kawasan yang dikunjungi.

Rata-rata masyarakat yang ditemui memberikan respon positif terhadap usaha yang dibuat oleh Pas Libaran ini kerana disamping berkonvoi, mereka juga dapat menerima beberapa informasi terkini melalui risalah khususnya berkaitan kemerdekaa­n.

Bukan itu sahaja, program yang melibatkan anak muda serta masyarakat tempatan juga telah mengambil inisiatif menziarahi dan memberi sumbangan barangan keperluan harian kepada beberapa buah keluarga fakir miskin di Batu 7.

Menurut YangDipert­ua Pas Libaran Abdul Wahid Mohammad, program seumpama itu bukan sahaja untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah semata-mata, malah ia turut menjadi medan ke arah membangkit­kan semangat patriotik dalam kalangan anak muda.

Katanya, rakyat perlu menghargai pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n terdahulu dengan samasama membina negara ini berdasarka­n acuan Islam yang syumul dan bukannya tempelan daripada ideologi lain.

Tambahnya, serangan barat melalui media amat merunsingk­an pelbagai pihak hingga ada yang tidak menyedari mereka telah terjajah semula oleh doktrin dari barat ini.

“Oleh itu, kita amat memerlukan usaha- usaha seperti program ini untuk mengembali­kan perasaan cintakan negara dalam diri masyarakat,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Konvoi Semarak Merdeka sempena Hari Kebangsaan yang disambut baru-baru ini.
SEBAHAGIAN peserta Konvoi Semarak Merdeka sempena Hari Kebangsaan yang disambut baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia