Utusan Borneo (Sabah)

ABM berjaya lahirkan ramai belia cemerlang

Kini ABM tawarkan 30 jenis kursus kepada belia di seluruh Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

K URANG bernasib baik dalam akademik peringkat sekolah bukan penghalang untuk mencapai matlamat dalam kehidupan sebaliknya bakat kemahiran yang diasah mampu membawa seseorang individu itu lebih maju ke hadapan.

Albon Kangit, 31, adalah Alumni Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan seorang juruelektr­ik yang berjaya walaupun berhadapan dengan cabaran besar ketika di bangku sekolah dahulu.

“Saya mampu menubuhkan sebuah syarikat saya sendiri adalah hasil kejayaan saya mempelajar­i kemahiran daripada ABM.

“Walaupun saya kurang bernasib baik dalam peperiksaa­n peringkat sekolah namun kemahiran yang diperolehi ini telah membawa saya ke arah yang lebih jauh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, beliau mula mengambil kursus kemahiran di ABM pada 2004 dan kini telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri dengan dua pekerja.

Katanya, walaupun persaingan banyak dalam bidang elektrik tetapi syarikatny­a tetap bertahan di Tamparuli.

“Saya berasal daripada Tamparuli dan saya buka syarikat ini di sini, saya juga mempunyai adik-adik dan mereka juga mempunyai pekerjaan sendiri.

“Saya juga berharap mampu mencari peluang yang lebih besar di masa hadapan untuk meneruskan kemahiran yang ada pada saya,” katanya.

Sementara itu, Geogia Maryann Harris, 38, turut mempunyai syarikat tersendiri untuk pemasangan perancah.

Katanya, beliau minat akan bidang itu dan berjaya menamatkan kursus dengan ABM pada 2009.

“Walaupun orang kata pekerjaan ini khusus untuk lelaki sahaja, tetapi saya tidak gentar akan cabaran yang ada.

“Kini saya membuka syarikat saya sendiri dengan pendapatan sekitar RM15,000 sehingga 18,000 sebulan,” katanya.

Manakala Rowelion Juil, 30, mengambil kursus dalam bidang jentera berat dengan ABM dan kini membuka syarikatny­a sendiri di Ranau.

“Saya mengambil kursus ini di Ranau dan ia mengajar cara-cara mengendali mesin dan teknik bekerja yang selamat.

“Saya mempunyai jentera jengkaut sendiri untuk disewakan dan kegunaan sendiri. Dulu saya menggunaka­n sendiri dan kini saya berpindah kepada perniagaan, dan jenterajen­tera berat ini saya akan sewakan kepada orang lain,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ABM (Wilayah Sabah), Tadzul Radim berkata kini ABM menawarkan sebanyak 30 jenis kursus kepada belia di seluruh Sabah.

Katanya, selain ABM yang kini terletak di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), ABM juga membuka cawangan di Sandakan dan Ranau dengan menawarkan lima kursus khususnya dalam bidang jentera berat.

“Sehingga kini sejak penubuhan ABM pada 2001, kita berjaya melatih sejumlah lebih daripada 150 ribu pelatih dalam kesemua program yang ditawarkan.

“Selain itu, kita juga mempunyai personal binaan yang menumpukan kepada pekerja kontraktor di tapak binaan atau tukangtuka­ng di kampung dengan tempoh kursus selama lima sehingga 10 hari...setakat ini seramai 44 ribu orang sudah dilatih,” katanya.

Menurutnya, ABM Sabah kini mampu mengambil 250 sehingga 300 pelatih dalam satu-satu masa yang bergantung kepada pengambila­n kursus.

Katanya, tapak ABM Sabah di KKIP adalah bersifat sementara sehingga tapak atau kampus ABM di Beringis Papar siap sepenuhnya.

“Kita akan memulakan pembinaan kampus itu pada tahun ini dan dijangkan akan disiapkan dua tahun berikutnya.

“Kita akan buat mengikut pakej yang mana keutamaan akan diberikan kepada pakej yang penting untuk pelatih dahulu,” katanya.

Tadzul berkata, lepasan kursus pemasangan perancah adalah satu kursus yang menerima permintaan baik dalam pasaran kerja kini memandangk­an Sabah kini sedang maju dalam industri minyak dan gas serta projek pembinaan bangunan mencakar langit.

Katanya, hampir 100 peratus keluaran kursus pemasangan perancah mendapat kerja dalam pasaran kini.

Menurutnya lagi, ABM Sabah turut mencapai beberapa kejayaan besar di peringkat Kebangsaan dan global.

“Antara kejayaan itu adalah pertanding­an kemahiran Malaysia pada 2010 yang mana kita berjaya mendapat emas dan kecemerlan­gan. “Tahun-tahun berikutnya sehingga 2015 kita juga berjaya mendapat emas, perak dan gangsa,” katanya.

Katanya, kejayaan mendapat Perak dan Sijil juga berjaya diperolehi pada pertanding­an kemahiran Asean 2012 di Jakarta Indonesia dan 2014 di Hanoi Vietnam.

Katanya lagi, pihaknya juga berjaya berjaya mendapatka­n sijil pencapaian di pertanding­an kemahiran sedunia yang diadakan di Leipzeg Jerman pada tahun 2013.

 ??  ?? ROWELION
ROWELION
 ??  ?? ALBON
ALBON
 ??  ?? GEOGIA
GEOGIA
 ??  ?? TADZUL (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan ABM Sabah.
TADZUL (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan ABM Sabah.
 ??  ?? TADZUL menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.
TADZUL menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia