Utusan Borneo (Sabah)

Amalan gaya hidup sihat cegah penyakit tidak berjangkit

-

PENYAKIT tidak berjangkit seperti kardiovasc­ular atau penyakit jantung, kanser, diabetes dan penyakit respirator­i yang kronik boleh dicegah dengan amalan yang mudah dan tidak melibatkan kos tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor, berkata pelbagai amalan cara hidup sihat boleh dipraktika­n untuk mencegahny­a.

Antaranya termasuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 5 hari seminggu dan amalan paling mudah ialah berjalan 10,000 langkah sehari.

Selain itu, katanya, makan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Beliau berkata kaedah lain termasuk menangani tekanan mental dengan bijak dan berkesan.

“Jangan mulakan tabiat merokok. Sekiranya anda seorang perokok, berusahala­h untuk segera berkenti merokok sebelum terlambat,” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sulaman berkata demikian ketika merasmikan program Gegar 10,000 Langkah Merdeka anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran di Padang SK Termenung di sini kelmarin. Lebih 1,000 orang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Program tahunan itu dengan cogankata Demi Kesihatan Untuk Negara diadakan serentak di seluruh Malaysia dan setiap peserta diberi sijil yang ditandatan­gani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Gegar 10,000 Langkah Merdeka merupakan satu inisiatif Kementeria­n Kesihatan untuk mengalakka­n masyarakat membudayak­an amalan aktiviti fizikal secara berterusan.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Koay Teng Khoon dan Pegawai Kesihatan Kawasan II, Dr Rosfina Ghazali.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Tuaran, Abdul Fuad Malek; Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sulaman, Johari Saiman; dan Penolong Pegawai Daerah, Sofian Nair; Ketua Daerah Tuaran, OKK Mohd Daud Hj Sidek serta Ketua Wanita UMNO Tuaran, Jamaliah Antalip.

 ??  ?? HAJIJI (kiri) melepaskan para peserta program Gegar 10,000 Lankah Merdeka.
HAJIJI (kiri) melepaskan para peserta program Gegar 10,000 Lankah Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia