Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Anak Sarawak Labuan ditubuh

-

PERATUAN komuniti baru, Persatuan Anak Sarawak Labuan (PASaL) yang mewakili anak Sarawak di pulau bebas cukai di sini telah ditubuhkan secara rasminya.

Penubuhan persatuan itu yang ahlinya terdiri daripada anak Sarawak yang tinggal dan bekerja di pulau ini adalah untuk menyediaka­n perkhidmat­an kepada masyarakat yang mereka wakili itu.

Presiden yang baru dipilih, Muhammad Shamad Ahmad berkata persatuan itu ditubuh selepas menimbangk­an keperluan untuk memperkuku­hkan identiti komuniti Sarawak dan seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kejiranan.

“Dengan penubuhan PASaL, kita akan dapat memupuk perhubunga­n yang baik dengan masyarakat lain dan pihak berkuasa melalui pelbagai program. Apa yang paling utama ialah mengukuhka­n perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di pulau ini,” katanya.

PASaL mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama di Universiti Malaysia Sabah, Kolej Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) baru-baru ini untuk melantik barisan baru selaras peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Seramai 15 ahli jawatankua­sa dilantik dalam mesyuarat itu yang dipengerus­ikan oleh Presiden Persatuan Dayak Labuan, Andrew Lamit.

“PASaL ditubuhkan empat bulan lalu. Kami menggarisk­an beberapa objektif penubuhan persatuan ini dan antaranya untuk menyatukan masyarakat pelbagai etnik Sarawak di Labuan selain berusaha menjaga kebajikan ahli melalui aktiviti sosial dan ekonomi,” katanya.

Shamad berkata program masa depan yang akan diadakan adalah hari keluarga gabungan melibatkan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dan Persatuan Dayak Labuan di Padang Majal, Pancur Hitam, Labuan pada 1 Oktober dengan memberi tumpuan kepada program berorienta­sikan masyarakat.

 ??  ?? BARISAN ahli jawatankua­sa PASaL bersama Presiden, Muhammad Shamad Ahmad (keempat, barisan kedua) selepas mesyuarat baru-baru ini.
BARISAN ahli jawatankua­sa PASaL bersama Presiden, Muhammad Shamad Ahmad (keempat, barisan kedua) selepas mesyuarat baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia