Utusan Borneo (Sabah)

Tabika KEMAS Sg Meradong bangga kibar Jalur Gemilang

-

KECERIAAN jelas tergambar pada wajah tujuh kanak-kanak Tabika KEMAS Sungai Meradong di Bintangor semasa Aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang di tabika itu, baru-baru ini.

Guru tabika tersebut Esther Dunstan berkata,

KANAK-kanak Tabika KEMAS Sungai Meradong mengibarka­n bendera penuh semangat.

walaupun jumlah mereka tidak ramai namun ia tidak menghalang semangat mereka untuk menjayakan program itu.

“Aktiviti sebegini disambut pada bulan Ogos setiap tahun untuk kita menerapkan nilai dan unsur-unsur patriotism­e dikalangan kanak-kanak supaya mereka lebih cinta dan setia kepada negara,” ujarnya.

Tambahnya, aktiviti sebegini mampu membimb- ing kanak-kanak untuk mengenal erti kemerdekaa­n sebenar selepas penjajahan orang asing di negara Malaysia.

“Peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ amat bersesuaia­n untuk kita menyuntik semangat kemerdekaa­n kanak-kanak agar mereka dapat menyelami maksud yang tersirat di sebalik kemerdekaa­n sebenar.

“Di samping kita memupuk semangat patriotism­e kita juga berharap ianya mampu membentuk keperbadia­n yang tinggi dikalangan kanak-kanak yang merupakan tulang belakang kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya lagi.

Antara pengisian aktiviti semasa program tersebut ialah nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Jalur Gemilang, menggantun­g bendera dan mengibarka­n Jalur Gemilang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia