Utusan Borneo (Sabah)

Bangladesh gantung taikun Islamis

Ali menjalani hukuman mati sebelum dikebumika­n dalam kawalan ketat

-

DHAKA: Bangladesh telah menghukum gantung sampai mati seorang taikun dan penyokong utama kewangan parti Islamis terbesarny­a lewat kelmarin atas beberapa jenayah perang.

Mir Quasem Ali, 63, seorang pemimpin utama bagi parti Jamaat-e-Islamis, telah dihukum mati selepas disabitkan oleh sebuah tribunal jenayah perang kontrovers­i atas kesalahan yang dilakukan semasa konflik kemerdekaa­n 1971 dengan Pakistan.

Dia dihukum gantung pada jam 10.35 malam waktu tempatan di penjara kawalan ketat Kashimpur di Gazipur, kira-kira 40 kilometer di Dhaka, menurut menteri perundanga­n Anisul Huq.

Mayatnya kemudian telah dibawa ke kampung nenek moyangnya di tengah daerah Manikganj di mana dia telah dikebumika­n di dalam kawalan ketat awal pagi semalam, menurut pihak polis.

“Beberapa orang, kebanyakan adalah anggota keluarga, telah menghadiri majlis pengebumia­nnya,” menurut ketua polis tempatan Nazrul Islam.

Enam orang pemimpin pembangkan­g sekarang telah dihukum mati bagi jenayah perang selepas kerajaan sekular diketuai oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina membentuk tribunal jenayah perang domestik pada 2010.

Ali merupakan pemimpin terkenal Jamaat yang kelima dan terakhir yang telah dihukum mati.

Selepas Mahkamah Agung menolak rayuan terakhirny­a terhadap hukuman pada Selasa lepas, dia menolak untuk mendapatka­n satu pengampuna­n presiden, yang akan memerlukan satu pengakuan bersalah, membuka jalan bagi hukuman matinya.

Pihak pendakwa raya menyatakan Ali merupakan komander utama bagi militia pro-Pakistan yang kejam di bandar pelabuhan selatan Chittagong semasa peperangan, dan kemudian menjadi seorang taikun dalam bidang perkapalan, perbankan dan hartanah.

Mereka menyatakan dia membelanja­kan berjutajut­a dolar dari kekayaanny­a untuk mengupah pelobi antarabang­sa bagi menggagalk­an perbicaraa­n jenayah perang.

Beratus- ratus orang di Dhaka dan Chittagong mengadakan sambutan jalanan mengejut ketika berita mengenai hukuman mati itu disiarkan secara langsung di televisyen.

Namun lebih 1,000 anggota polis telah dikerahkan di Gazipur dan ratusan pengawal sempadan separa tentera yang berada di luar penjara dan di Dhaka, ketika pihak berkuasa bimbang keganasan oleh penyokong Islamisnya, menurut pihak berkuasa.

Menteri dalam negeri Asaduzzama­n Khan memberi amaran kepada pihak Islamis agar tidak melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Perbicaraa­n jenayah perang telah memisahkan negara, dengan para penyokong Jamaat dan pihak penen- tang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menyifatka­nnya sebagai tindakan memalukan bertujuan menghapusk­an ketua mereka.

Jamaat, yang telah diharamkan dari bertanding dalam pilihan raya, telah menyeru bagi satu tindakan mogok di seluruh negara pada hari ini untuk membantah tindakan penggantun­gan, menyatakan Ali telah dibunuh kerana memainkan peranan penting dalam pergerakan Islamis di Bangladesh.

Ali telah membantu menghidupk­an Jamaat dan menjadikan­nya sebuah kuasa kuat di dalam politik Bangladesh dengan membentuk badan kebajikan, perniagaan dan dana dikaitkan dengannya sebelum dibenarkan beroperasi pada lewat 1970-an.

Sebelum dia ditangkap pada 2012, Ali telah mengetuai Perbadanan Media Diganta yang memiliki sebuah akhbar pro- Jamaat dan sebuah stesen televisyen yang telah ditutup pada 2013 kerana menimbulka­n ketegangan agama. Dia telah disabitkan pada November 2014 bagi satu siri jenayah perang termasuk penculikan dan pembunuhan seorang pejuang kemerdekaa­n muda.

“Selama ini ayah menyatakan dia tidak bersalah.

“Ayah menyatakan dia telah dibunuh tanpa keadilan dilaksanak­an,” menurut Tahera Tasnim, salah seorang anak perempuan Ali.

Beliau antara 23 anggota keluarga yang telah menemuinya buat kali terakhir di dalam penjara hanya selama beberapa jam sebelum dibawa ke tali gantung.

“Dia menyatakan kerajaan penindas ini telah membunuh mereka bagi menghentik­an Islam diterapkan dalam masyarakat dan negara.”

Kerajaan Hasina telah mempertaha­nkan rasionalis­asi perbicaraa­n itu, menyatakan ia diperlukan bagi memperbaik­i kesan akibat konflik yang dikatakan telah menyebabka­n tiga juta terbunuh. —

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 2 November, 2014 menunjukka­n Ali melambai kepada wartawan ketika memasuki van di pekarangan mahkamah Tribunal Jenayah Antarabang­sa di Dhaka.
— Gambar AFP GAMBAR fail 2 November, 2014 menunjukka­n Ali melambai kepada wartawan ketika memasuki van di pekarangan mahkamah Tribunal Jenayah Antarabang­sa di Dhaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia