Utusan Borneo (Sabah)

MPSS tetap abadi dalam kenangan bekas guru pelatih

- Oleh JAINUDIN NASIR

SANDAKAN: “Maktab Perguruan Sandakan… Biar Pupus Di Mata, Tapi Jangan Lupus Di Hati” itulah antara objektif satu majlis pertemuan semula jalinan kasih bekas guru pelatih Maktab Perguruan Sandakan Sabah (MPSS) baru-baru ini.

Program diterajui oleh pengerusi penganjurn­ya, Mathius Menang bersama beberapa bekas guru pelatih MPSS ( 1978- 1984) bagi menyatukan kembali graduasi dan anggota keluarga masing- masing dalam usaha memupuk perasaan kasih sayang serta ikatan silaturrah­im sesama mereka.

Program diadakan dengan berpegang teguh prinsip Sehati Sejiwa menerusi slogan ‘ Keranamu Kita Masih Bersama’.

Majlis pertemuan semula itu yang disertai lebh 100 orang diyakini mampu mengeratka­n dan memperkuku­hkan semangat kerjasama sedia terjalin dalam kalangan anggota bekas pelatih dan keluarga.

Mengikut sejarah penubuhan MPSS, ia merupakan maktab ketiga di Sabah selepas Maktab Perguruan Kent (1962) dan Maktab Perguruan Gaya (1963).

Pembinaann­ya dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan dibiayai oleh Bank Dunia.

Bangunan MPSS terletak di kawasan berbukit seluas lima ekar di Jalan Labuk Sandakan, manakala pembukaan rasminya disempurna­kan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad pada 13 Mei 1997.

Kursus-kursus perguruan bermula pada tahun 1974 dengan pengambila­n 80 guru pelatih terdiri dari 36 guru pelatih kursus sekolah menengah dan 44 guru pelatih sekolah rendah dengan hanya sembilan staf akademik dan 12 staf sokongan.

Selepas tahun 1985 kursus perguruan sekolah menengah tidak ditawarkan lagi dan pengambila­n guru pelatih diterap bagi kursus perguruan sekolah rendah sahaja.

Oleh kerana kedudukan MPS terlalu kecil, tambahan pula kemudahan sukan seperti padang bola, gymnasium dan sebagainya tidak terdapat maka Maktab Perguruan Sandakan dipindahka­n ke daerah Tawau, iaitu Maktab Perguruan Tawau yang terletak di Kilometer 36 Balung Tawau.

Kini MPS tinggal kenangan, namun tetap tersimpan rapi dalam lipatan sejarah setelah MPS ditutup pada Disember 2004. Bangunan MPS kini dijadikan sekolah pusat Tingkatan 6 daerah Sandakan

 ??  ?? PENGERUSI penganjur Majlis Jalinan Kasih MPSS, Mathius Menang.
PENGERUSI penganjur Majlis Jalinan Kasih MPSS, Mathius Menang.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Reunion MPS.
JAWATANKUA­SA Reunion MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia