Utusan Borneo (Sabah)

Britney Spears kembali dengan album baharu berjudul ‘Glory’

- Oleh Jill Serjeant

BRITNEY Spears menghangat­kan lagi budaya pop sekali lagi, dengan mengeluark­an sebuah album baharu, mendendang­kan lagu-lagu hit karaoke retro dan tampil di atas pentas Anugerah Muzik Video MTV (VMA) buat pertama kali sejak 2007.

Spears, 34 tahun, yang menjadi fenomena pop remaja dengan lagu-lagu hit yang seksi dan termengahm­engah seperti ‘Toxic’ dan ‘Oops!.. I Did it Again’, mengeluark­an album baharu ‘Glory’ sebelum kemunculan­nya yang dinanti-nantikan di majlis VMA pada Ahad lepas di New York.

Dia juga menjadi superstar terbaharu yang menyanyi dan berbual dengan hos rancangan perbincang­an Amerika Syarikat James Corden untuk segmen ‘Carpool Karaoke’ yang viral, di mana kedua-dua mereka memakai seragam gadis sekolah yang menjadikan­nya masyhur sebagai seorang garis berusia 16 tahun dalam video muzik pada 1998 untuk ‘... Baby One More Time’.

Spears mendominas­i muzik pop sebelum dia beransur-ansur merosot dalam kehidupan peribadi dan karier pada 20062007 termasuk mencukur rambut perangnya, hilang penjagaan ke atas dua anaknya dan diletakkan di bawah pemulihara­an yang diperintah oleh mahkamah.

Dia kembali semula pada hujung 2008 dan sejak tiga tahun lalu telah membuat pertunjuka­n setiap malam di Las Vegas. Namun album baharunya dan jangkaan mengenai persembaha­nnya di VMA telah meletakkan­nya semula di bawah perhatian kebangsaan.

Rob Sheffield dari majalah Rolling Stone berkata ‘Glory’ adalah “satu lagi kebangkita­n semula yang hebat” bagi Spears, di mana dia “kembali kepada mod ‘electro-stomp’ yang berdesis dan dia lakukan dengan terbaik”.

‘Glory’ menduduki tempat teratas dalam carta iTunes di lebih 40 negara sebaik sahaja ia dikeluarka­n pada 26 Ogos lepas, termasuk Arab Saudi, Chile dan Russia.

Jennifer Keishin Armstrong dari Billboard berkata dengan lagu single dan video muzik untuk ‘Make Me’, Spear telah “menuntut semula bakatnya yang menonjol, stail tarian tersendiri yang menggabung­kan ketepatan ketua sorakan dengan bibit-bibit kenakalan yang menggiurka­n”.

Spears mempersemb­ahkan ‘Make Me’, bersama penyanyi rap G-Eazy, dalam rancangan VMA yang disiarkan secara langsung, penampilan pertamanya di sana sejak dia mempersemb­ahkan ‘Gimme More’ yang tidak begitu menjadi pada 2007 ketika kariernya berada pada tahap yang rendah.

“Dia telah memberi impak yang begitu besar ke atas petunjukan ini sepanjang kariernya, jadi bagi kami untuk mendapatka­nnya semula adalah sesuatu yang tidak memerlukan otak,” kata Garrett English selaku penerbit eksekutif bagi pertunjuka­n VMA.

“Dia melambangk­an makna VMA pada amnya dan dia pernah menikmati beberapa momen yang terbesar di atas pentas ini,” tambah English.

Spears turut menjadi subjek satu biopik TV pada 2017 untuk saluran kabel Lifetimes yang akan menjejaki kebangkita­nnya sehingga mencapai kemasyhura­n bersama dengan kejatuhann­ya, selain kisah percintaan­nya dengan Justin Timberlake dan dua bekas suami Jason Alexander dan Kevin

Federline.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia