Utusan Borneo (Sabah)

‘Lara Terindah’ Nazrief Nazri dan Nelydia Senrose

-

ANGKANYA cinta pertama itu akan berkekalan hingga ke Jannah tetapi dirinya hanya dipermaink­an dek perasaan benci kekasihnya terhadap perempuan.

Bukan saja dikhianati oleh lelaki yang dicintainy­a, Elena juga menjadi mangsa kepada individu yang berniat jahat untuk memusnahka­n hidupnya. Berjayakah Elena bangkit semula dan mencari kebahagiaa­n hidupnya?

Ikuti perjalanan cinta antara Elena (Nelydia Senrose) dan Razlan (Nazrief Nazri) dalam drama romantik terbaharu, ‘Lara Terindah’, hasil terbitan OrangeTree Production­s di bawah arahan Azmi Hatta dan nukilan skrip oleh Azmy Ariff.

Drama bersiri 14 episod yang membariska­n pelakon-pelakon seperti Aidil Aziz, Nonny Nadirah, Bil Azali, Rahhim Omar, Jasmin Hamid, Roy Azman dan Laila Nasir ini sedang bersiaran di TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 malam menerusi slot Akasia.

‘Lara Terindah’ mengisahka­n seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi.

Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabka­n Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirka­n untuk bertemu sekali lagi.

Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya. Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal.

Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikiny­a.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunak­an oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabka­n Elena terus memutuskan hubunganny­a dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya.

Elena kemudianny­a bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah SWT. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

Ikuti kisah Elena dan Razlan dalam Lara Terindah yang ditaja oleh Qu Puteh, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu TV3Malaysi­a. @

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia