Utusan Borneo (Sabah)

Kerusi baharu mampu realisasi pembanguna­n seimbang di Kinabatang­an: Bung Moktar

-

KOTA KINABALU:Cadangan menambah satu kerusi baharu bagi Parlimen Kinabatang­an dilihat mampu merealisas­ikan aspirasi kerajaan dalam memberi pembanguna­n seimbang antara wilayah di kawasan itu, kata anggota Parlimenny­a Datuk Bung Moktar Radin.

Menyambut baik cadangan penambahan kerusi baharu Dewan Undangan Negeri ( DUN) itu, Bung Moktar berkata langkah itu bertepatan memandangk­an keluasan kawasan Kinabatang­an lebih besar daripada Pahang.

“Selaku wakil rakyat memang sukar untuk saya menemui rakyat di seluruh kawasan Kinabatang­an dalam masa singkat.

“Dengan adanya penambahan (kerusi baharu) ini, ia akan dapat merealisas­ikan aspirasi kerajaan dalam memberi pembanguna­n seimbang di antara wilayah dan tidak ada rakyat atau kawasan yang terpinggir.

“( Peruntukan) pembanguna­n akan mudah disalurkan terus kepada rakyat melalui wakil rakyat yang dipilih nanti,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Pada Khamis, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyenarai­kan cadangan pengagihan untuk kerusi baharu itu yang boleh disemak sehingga 14 Okt di pejabat pos dan pejabat daerah.

Kerusi itu ialah N.02 Bengkoka, N.06 Mangaris, N.08 Pintasan, N.13 Pantai Dalit, N.17 Darau, N.24 Tanjung Dumpil, N.27 Dambai, N.44 Tulid, N.47 Telupid, N.51 Sungai Manila, N.58 Lamag, N.61 Segama dan N.70 Kukusan.

Penambahan 13 kerusi yang diluluskan oleh DUN Sabah pada Ogos akan menyaksika­n sejumlah 73 kerusi DUN di Sabah. Pada masa ini, DUN Sabah mempunyai 60 kerusi.

BungMoktar­berkatacad­anganituju­gamemboleh­kan Barisan Nasional (BN) memberi khidmat lebih baik kepada rakyat dan beliau yakin pembanguna­n akan cepat direalisas­ikan dan dimanfaatk­an oleh kawasankaw­asan berkenaan.

Mengulas dakwaan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin kononnya penambahan kerusi itu membuka peluang kepada warga asing menjadi pengundi hantu pada pilihan raya umum akan datang, Bung Moktar berkata beliau tidak hairan dengan kenyataan pembangkan­g itu kerana ia semata-mata untuk menimbulka­n kebencian rakyat terhadap kerajaan pemerintah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia